Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pilihan raya: Dilarang berkempen esok pada Hari Bertenang

Tempoh dilarang berkempen selama 24 jam bagi pilihan raya kecil Bukit Batok akan berkuatkuasa esok (6 Mei), menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 May 2016 02:34PM Dikemas Kini : 05 May 2016 09:15PM

SINGAPURA: Tempoh dilarang berkempen selama 24 jam bagi pilihan raya kecil Bukit Batok akan berkuatkuasa esok (6 Mei), menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD).

Tempoh yang dikenali sebagai Hari Bertenang itu membolehkan para pengundi berfikir secara rasional tentang pelbagai isu yang dibangkitkan, sebelum keluar mengundi.

Hari Mengundi bagi pilihan raya itu akan diadakan pada Sabtu, 7 Mei.

Pada Hari Bertenang dan Hari Mengundi, kegiatan-kegiatan berkempen seperti cuba memancing undi, mengunjungi rumah-rumah pengundi dan mempamerkan sebarang propaganda politik adalah dilarang, tambah ELD lagi.

"Para calon dan penyokong mereka dijangka mematuhi sepenuhnya semua undang-undang relevan bagi Hari Bertenang dan Hari Mengundi, dan harus mengelak daripada tingkah laku yang bertentangan dengan larangan berkempen pada Hari Bertenang dan Hari Mengundi," menurut ELD dalam satu kenyataan.

Namun, terdapat beberapa pengecualian bagi larangan ini, termasuk laporan di akhbar, radio dan televisyen berhubung hal-hal pilihan raya, menyampaikan pandangan politik peribadi oleh individu-individu kepada individu lain atas dasar bukan komersil, serta poster-poster dan kain rentang yang dipamerkan menurut undang-undang sebelum Hari Bertenang bermula.

"Para calon perlu berhati-hati akan tingkah laku mereka di tempat awam, dan berhati-hati bagi mengelak daripada sebarang tindakan yang boleh dianggap sebagai berkempen," menurut ELD.

Ia menambah bahawa untuk mengelak sebarang salah faham, para calon harus, seberapa boleh, mengelak daripada mengunjungi para pengundi atau hadir di sebarang acara awam di kawasan undi itu pada Hari Bertenang dan Hari Mengundi, di mana mereka kemungkinan akan menarik perhatian ramai dan dianggap sebagai cuba mendapatkan sokongan.

Menghadiri sebarang upacara keagamaan atas dasar peribadi, atau hadir di acara-acara sebagai sebahagian daripada tugas adalah dibenarkan, bergantung kepada larangan berkempen dan pengiklanan pilihan raya pada Hari Bertenang dan Hari Mengundi, menurut ELD.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan