Skip to main content

Iklan

Iklan

Pilihan Raya Bukit Batok: Dr Tambyah gesa adakan program insurans jagaan kesihatan

 Dr Paul Tambyah sekali lagi menyarankan program insurans jagaan kesihatan universal yang tulen.

Anggaran Waktu Membaca:
Pilihan Raya Bukit Batok: Dr Tambyah gesa adakan program insurans jagaan kesihatan

Anggota-anggota SDP, Jaslyn Go dan Paul Tambyah. (Gambar: Calvin Hui)

Diterbitkan : 05 May 2016 11:43PM Dikemas Kini : 05 May 2016 11:46PM

SINGAPURA: Bercakap di rapat Parti Demokratik Singapura (SDP) malam ini (5 Mei), Dr Paul Tambyah sekali lagi menyarankan program insurans jagaan kesihatan universal yang tulen.

Beliau menarik perhatian bahawa terdapat jurang dalam skim-skim yang ada sekarang dan calon SDP bagi Pilihan Raya Kecil Bukit Batok, Dr Chee Soon Juan katanya, cukup berani untuk membangkitkan isu-isu sedemikian di Parlimen jika dipilih.

"Semasa lawatan rumah ke rumah, kami dapati ramai individu yang terlepas tarikh temu janji atau prosedur klinik mereka atas sebab-sebab mudah seperti tiada sesiapa yang menghantar mereka ke hospital atau klinik," kata beliau.

"Sebahagian daripada mereka tidak bertindak balas kepada rawatan kesihatan biasa jadi mereka memerlukan rawatan berlainan yang mahal," jelas Dr Tambyah. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan