Skip to main content

Iklan

Iklan

Murali Pillai keliling Bukit Batok ucapkan terima kasih

Anggota Parlimen baru bagi SMC Bukit Batok Murali Pillai berkata beliau akan "mempercepatkan langkah-langkah".

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 May 2016 10:32PM Dikemas Kini : 08 May 2016 10:37PM

SINGAPURA: Anggota Parlimen baru bagi SMC Bukit Batok Murali Pillai berkata beliau akan "mempercepatkan langkah-langkah" untuk bekerjasama dengan seberapa banyak rakan-rakan kerjasama bagi melaksanakan pelan yang digariskan bagi kawasan undi perseorangan itu.

Encik Murali yang menang pilihan raya kecil Bukit Batok akan mengangkat sumpah jawatan di Parlimen esok.

Beliau meluangkan hari pertama sebagai AP SMC Bukit Batok dengan menemui para penduduk dan mengucapkan terima kasih kerana mengundi beliau.

Encik Murali disertai Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam dan para aktivis PAP lain mengagihkan bunga kepada penduduk sempena Hari Ibu.

Beliau meraih 61.2 peratus undian untuk mengalahkan calon Parti Demokratik Singapura Chee Soon Juan.

Encik Murali berikrar untuk menjadikan Bukit Batok tempat tinggal lebih baik bagi penduduk.

"Ia bersandarkan manifesto saya bermula dengan wawasan untuk membina tempat tinggal lebih baik di mana semua orang dihormati tanpa mengira latar belakang dan semua orang menyokong satu sama lain, supaya kebimbangan penduduk Bukit Batok menjadi kebimbangan kita semua. Saya tidak sabar lagi untuk mula bertugas. Saya benar-benar sangat bersyukur dengan sokongan sukarelawan saya dan amat bersemangat," ujar Encik Murali. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan