Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Laporan Bergambar: Pusat mengundi dibuka bagi Pilihan Raya Kecil Bukit Batok

Para penduduk Bukit Batok keluar mengundi sekali lagi hari ini (7 Mei), lapan bulan setelah Pilihan Raya Umum 2015 bagi memilih Anggota Parlimen baru untuk kawasan undi perseorangan (SMC) itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Laporan Bergambar: Pusat mengundi dibuka bagi Pilihan Raya Kecil Bukit Batok

Para pengundi beratur di hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Bukit Batok hari ini (7 Mei 2016).(Gambar: Ray Yeh)

Diterbitkan : 07 May 2016 09:28AM Dikemas Kini : 07 May 2016 05:47PM

SINGAPURA: Para penduduk Bukit Batok keluar mengundi sekali lagi hari ini (7 Mei), lapan bulan setelah Pilihan Raya Umum 2015 bagi memilih Anggota Parlimen baru untuk kawasan undi perseorangan (SMC) itu.

Sehingga 5.00 petang, 21,566 pengundi layak di Bukit Batok - 83 peratus daripada 25,727 pengundi yang berdaftar - sudahpun mengundi, menurut Jabatan Pilihan Raya. 

Dalam Pilihan Raya Umum pada September lepas, Encik Ong memenangi kerusi Bukit Batok dengan 73 peratus undi.

Murali Pillai dari PAP pusat mengundi di Blok 105A Bukit Batok Central. (Gambar: Koh Mui Fong/TODAY)

Sadasivam Veriyah dari Parti Demokratik Singapura (SDP) memungut 26.4 peratus undi manakala calon bebas Samir Salim Neji hanya mendapat 0.6 peratus undi.  

Kerusi SMC Bukit Batok itu dikosongkan setelah AP Parti Tindakan Rakyat (PAP) David Ong meletak jawatan setelah didapati menjalin hubungan sulit dengan seorang aktivis akar umbi.

Pilihan Raya Kecil itu ditandingi oleh setiausaha agung Parti Demokratik Singapura (SDP) Dr Chee Soon Juan dan calon PAP, Murali Pillai, seorang peguam.

Menurut para pengundi, proses mengundi berjalan dengan baik dan lancar.

Penduduk Bakit Batok, Vanessa Sim yang berada di pusat mengundi Blok 105 Bukit Batok Central tiba di pusat mengundi itu lebih awal bersama kedua ibu bapanya.

"Saya hanya ingin mengelakkan beratur panjang dan tiba lebih awal. Kami hanya ke barisan biasa (bukan barisan keutamaan), dan tidak mengambil masa lebih dari 10 minit," jelasnya.

Encik Timothy Koh, 27 tahun, juga mengatakan beliau beratur selama sekitar 10 minit.

"Saya rasa ia berjalan agak lancar, dan barisan untuk beratur bergerak dengan cepat. Saya tidak rasa masa menunggu akan melebihi 15 minit."  

(Calon PAP Encik Murali Pillai tiba di pusat mengundi di Blk 105A Bukit Batok Central.)

Dr Chee Soon Juan dari SDP di pusat mengundi Sekolah Menengah Bukit Batok. (Gambar: Ray Yeh) 

Sehingga 25,727 penduduk akan keluar mengundi di sembilan pusat mengundi dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam hari ini.

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan