Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kiraan undi sampel: PAP 61%, SDP 39%

Hasil kiraan undi sampel menunjukkan Encik Murali memperolehi 61 peratus undi manakala Dr Chee meraih 39 peratus undi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 May 2016 11:09PM Dikemas Kini : 08 May 2016 01:12AM

SINGAPURA: Meskipun keputusan rasminya belum diketahui, hasil kiraan undi sampel yang dikeluarkan pada 9.25 malam tadi (7 Mei) menunjukkan calon PAP, Encik Murali Pillai mendahului pesaingnya.

Hasil kiraan undi sampel menunjukkan Encik Murali memperolehi 61 peratus undi manakala Dr Chee meraih 39 peratus undi.

Bagi tujuan kiraan undi sampel, 100 kertas undi diambil secara rambang dari setiap pusat mengundi disaksikan calon-calon atau ejen-ejen mereka.

Kesemuanya ada sembilan pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Bukit Batok.

Hasil kiraan undi sampel bukan keputusan rasmi kerana proses mengira semua kertas undi masih diteruskan.

Oleh itu orang ramai perlu menunggu Pegawai Pilihan Raya mengumumkan keputusan rasminya.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan