Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Chee belum sedia undur diri dari politik

Calon SDP yang juga Setiausaha Agung parti itu, Dr Chee Soon Juan pula aktif dalam politik hampir suku abad lamanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Chee belum sedia undur diri dari politik

Setiausaha Agung SDP, Dr Chee Soon Juan.

Diterbitkan : 07 May 2016 11:02PM Dikemas Kini : 08 May 2016 02:03AM

SINGAPURA: Calon SDP yang juga Setiausaha Agung parti itu, Dr Chee Soon Juan bergiat aktif dalam politik hampir suku abad lamanya.

Pencalonannya dalam pilihan raya kecil Bukit Batok menandakan kali kelima Dr Chee bertanding untuk memasuki parlimen.

Sekitar 25 tahun selepas bertanding di Marine Parade - Dr Chee Soon Juan menjadi tokoh terkenal tetapi berkontroversi dalam arena politik Singapura.

Dr Chee menyertai SDP pada 1992 dan diperkenalkan pengasas parti Chiam See Tong sebagai calon pilihan bagi pilihan raya kecil di Marine Parade.

PAP bagaimanapun memenangi pilihan raya tersebut dengan 73 peratus undi.

KERJAYA POLITIK DIPENUHI KONTROVERSI

Pada 1997, Dr Chee mengambil alih kepimpinan parti kira-kira setahun selepas Encik Chiam meninggalkan parti menyusuli pertikaian dengan Dr Chee dan para anggota SDP yang lain.

Ada laporan menyatakan Dr Chee menyingkirkan Encik Chiam tetapi itu dinafikan Dr Chee.

Pada 1997 dan 2001, SDP kalah di MacPherson dan Jurong. Kerjaya politik Dr Chee dipenuhi kontroversi. Dr Chee dipecat dari Universiti Nasional Singapura pada 1993 kerana dituduh menyalahgunakan dana kajian. Tetapi Dr Chee menafikan tuduhan tersebut.

Dr Chee pernah mengadakan beberapa bantahan awam. Dia juga pernah disaman di mahkamah oleh mendiang Encik Lee Kuan Yew dan Encik Goh Chok Tong berhubung beberapa kenyataan yang dibuat dalam kempen pilihan raya 2001.

Dr Chee kemudian diisytiharkan muflis selepas gagal membayar ganti rugi.

Akibatnya Dr Chee tidak layak bertanding dalam dua pilihan raya pada 2006 dan 2011.

2012 RASMI BEBAS DARI MUFLIS

Pada 2012, Dr Chee secara rasmi dibebaskan dari muflis dan ini membolehkannya bertanding dalam pilihan raya.

Tahun lalu, Dr Chee bertanding dalam Pilihan Raya Umum di GRC Holland-Bukit Timah. Dr Chee dan pasukannya bagaimanapun tewas di GRC Holland-Bukit Timah dengan meraih hanya 33 peratus undi.

Kekalahan demi kekalahan itu nampaknya tidak mengekang Dr Chee daripada terus bertanding.

"Kami menerimanya, orang ramai membuat keputusan dan hanya yang dapat kita lakukan adalah melihat ke hadapan," ujar beliau. Nampaknya, Dr Chee tidak mungkin meninggalkan politik dengan segera.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan