Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BERITA EKSTRA: Ucapan penuh Halimah Yacob mengenai ancaman pengganas semasa Seminar Madrasah ke-3

Baru-baru ini berlangsung Seminar Madrasah Ke-3, anjuran Madrasah Aljunied Al-Islamiah, yang disertai 170 orang pelajar dan guru mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Dec 2015 10:15PM Dikemas Kini : 01 Dec 2015 10:19PM

SINGAPURA: Baru-baru ini berlangsung Seminar Madrasah Ke-3, anjuran Madrasah Aljunied Al-Islamiah, yang disertai 170 orang pelajar dan guru mereka.

Ia secara tradisinya disertai 6 madrasah sepenuh masa tempatan.

Bagaimanapun buat pertama kalinya, Seminar Madrasah menyertakan juga para pelajar dari sekolah sekular. Ini juga memberi peluang kepada para pelajar madrasah menjadi semacam ‘Duta’ bagi menjelaskan tentang perbezaan dan kesalahan pemikiran pengganas.

Tetamu terhormat seminar tahun ini ialah Speaker Parlimen Halimah Yacob, yang menyampaikan ucapan sungguh berisi tenang pengganasan.

Beliau antara lain menekankan bahawa tugas menangani ideologi pengganas tidak boleh dipikul oleh pemerintah, ulama, asatizah, akar umbi Muslim atau badan-badan Muslim sahaja.

Ia memerlukan usaha kolektif seluruh masyarakat Singapura, merentasi agama dan bangsa, kata Cik Halimah. Ini bermakna, masyarakat bukan Islam juga perlu memainkan peranan.

Pada 12 November, kumpulan pengganas ISIS melancarkan serangan bom di Beirut, ibu kota Lubnan, membunuh lebih 40 orang di sebuah pusat beli belah.

Sehari kemudian, bandar Paris pula diserang ISIS mengakibatkan 130 orang terkorban dan lebih 300 cedera. Pada 20 November pula, satu lagi serangan pengganas berlaku dan mengorbankan lebih 20 orang di negara Mali, kali ini dilakukan oleh kumpulan Al Qaeda.

Ikuti ucapan penuh Cik Halimah dalam klip BERITA EKSTRA ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/diwai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan