Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BERITA EKSTRA: Ucapan penuh DPM Teo dalam Bahasa Melayu di pelancaran buku panduan RRG

Ucapan penuh DPM Teo Chee Hean dalam Bahasa Melayu di pelancaran buku panduan RRG. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Jun 2015 11:27AM Dikemas Kini : 10 Jun 2015 05:07PM

SINGAPURA: Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) memperkenalkan sebuah buku panduan baru dan talian bantuan, semalam (9 Jun).

Talian itu adalah bagi orang awam menghubungi RRG jika terdapat sebarang pertanyaan tentang isu-isu meradikalkan diri, atau aspek-aspek tentang agama yang berpotensi meradikalkan seseorang. Talian itu, 1800-7747747, akan mula beroperasi awal bulan depan.

Buku panduan tersebut pula bertujuan membantu para kaunselor membasmi fahaman pelampau ISIS, dan membuktikan mengapa ia tidak relevan kepada golongan Muslim, terutama Muslim di Singapura. Buku berkenaan disampaikan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Ehwal Dalam Negeri Teo Chee Hean di jamuan tengah hari retreat RRG.

Encik Teo memulakan ucapannya yang disampaikan dalam Bahasa Melayu, dengan 'Assalamualaikum' sebagai tanda hormat kepada para hadirin.

Dalam ucapannya, Encik Teo menyeru para pemimpin Islam dan kumpulan-kumpulan masyarakat agar bekerjasama bagi membangunkan ideologi yang dapat menangkis fahaman radikal yang disebarkan ISIS serta kumpulan-kumpulan pengganas lain.

Pendekatan juga harus diluaskan kepada golongan belia menerusi online.

Dan respons bagi menangkis fahaman radikal yang disebarkan secara online oleh ISIS, mestilah setanding, jika tidak lebih dinamik.

“Anggota-anggota RRG kita boleh berkongsi ilmu agama mereka dengan bekerjasama dengan golongan muda untuk menyampaikan maklumat kepada belia melalui Internet dan media sosial dengan cara yang menarik dan dapat melibatkan mereka. Memanfaatkan teknologi juga akan membolehkan RRG dan kumpulan-kumpulan lain untuk bertindak balas dengan lebih cepat kerana ISIS dan kumpulan radikal lain terus-menerus mengasak dengan isu-isu kontroversi baru dan tafsiran-tafsiran yang bertujuan memperdayakan individu yang mudah terpengaruh,” kata DPM Teo. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan