Skip to main content

Iklan

Iklan

BERITA EKSTRA: Tuminah Sapawi - Ulasan dan Harapan seorang CEO

Selepas tiga tahun memegang tampuk kepimpinan badan yang merupakan antara tunggak terpenting bagi masyarakat Melayu/Islam Singapura, Cik Tuminah Sapawi akan melepaskan jawatan selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MENDAKI.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Nov 2016 08:34PM Dikemas Kini : 26 Nov 2016 08:39PM

BERITAMediacorp: Selepas tiga tahun memegang tampuk kepimpinan badan yang merupakan antara tunggak terpenting bagi masyarakat Melayu/Islam Singapura, Cik Tuminah Sapawi akan melepaskan jawatan selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MENDAKI.

Banyak yang sudah dicapai CEO MENDAKI berusia 56 tahun itu, yang sebenarnya memulakan kerjaya selaku wartawan akhbar, dan kemudian Editor majalah MANJA.

Cik Tuminah pula akan menyertai Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) pada 1 Januari depan.

ANTARA PENCAPAIAN MENDAKI DI BAWAH TUMINAH SAPAWI

Di bawah kepimpinan Cik Tuminah, MENDAKI selesai melakukan semakan pendidikan menyeluruh untuk memperkuat sokongan pendidikan dalam masyarakat Melayu.

Dengan fokus kepada usaha membangunkan generasi yang dinamik dan bersedia untuk masa depan, MENDAKI di bawah Cik Tuminah menubuhkan sebuah unit Future Ready.

Anugerah MENDAKI tahun ini menyaksikan jumlah penerima tertinggi iaitu seramai 518 orang.

Yayasan MENDAKI meraih lebihan kewangan S$1.46 juta pada tahun lalu, selepas mengalami defisit pada 2013 dan 2014.

Pada tahun lalu, MENDAKI membelanjakan S$37 juta bagi program-program pembangunan masyarakat menerusi pendidikan.

ULASAN DAN HARAPAN TUMINAH SAPAWI

Apakah harapan Cik Tuminah tentang penggantinya, Cik Rahayu Buang, yang akan menjadi CEO baru MENDAKI bermula Januari 2017? Apakah cabaran seterusnya MENDAKI dalam hemat Cik Tuminah?

Apakah sumbangan yang paling bermakna bagi diri beliau sendiri semasa memegang jawtan penting itu? Dan apakah ada perkara yang akan dirindui Cik Tuminah selepas meninggalkan MENDAKI nanti? Ayuh kita dengarkannya sendiri daripada beliau, dalam klip BERITA EKSTRA ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan