Skip to main content

Iklan

Iklan

BERITA EKSTRA: Suasana ceria penuh warna warni sempena perasmian Bazar Raya Utara

Bazar Raya Utara di Woodlands muncul buat kali ke 14 tahun ini. Beberapa perkembangan menarik berlaku kali ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jun 2015 09:55PM Dikemas Kini : 23 Jun 2015 09:56PM

SINGAPURA: Bazar Raya Utara di Woodlands muncul buat kali ke 14 tahun ini. Beberapa perkembangan menarik berlaku kali ini.

Ini termasuklah beberapa Anggota Parlimen GRC Sembawang yang bukan Islam, membuat keputusan berpuasa sehari suntuk sebagaimana rakan muslim mereka. Malah sekitar 50 aktivis akar umbi dan sukarelawan lain dari kalangan bukan muslim juga sama-sama berpuasa.

Mereka kemudian beriftar beramai-ramai menjelang maghrib di bazar tersebut.

Tahun ini pihak penganjur turut mengundang penyanyi Indonesia Cita Citata untuk membuat penampilan sempena perasmian bazar tersebut.

Namun yang paling istimewa ialah, pelancaran Bazar Raya Utara turut menandakan bermulanya satu siri kegiatan untuk mengumpulkan dana bagi pembinaan Masjid Yusof Ishak, yang terletak di GRC tersebut.

Pihak GRC berharap dapat mengumpulkan $100,000 bagi Masjid Yusof Ishak.

Ikuti klip BERITA EKSTRA ini yang memaparkan suasana dan warna warni perasmian Bazar Raya Utara, serta ucapan penuh dari AP kawasanundi tersebut, Encik Hawazi Daipi.

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan