Skip to main content

Iklan

Iklan

BERITA EKSTRA: Shah Iskandar, hantaran $10,000, kerja keras dan cinta

Shah Iskandar syukur impiannya selama ini tercapai jua - berkongsi hidup dengan ratu hatinya, Siti Sarah Mohd Noor.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jan 2016 11:20AM Dikemas Kini : 17 Jan 2016 04:32PM

SINGAPURA: Shah Iskandar syukur impiannya selama ini tercapai jua - berkongsi hidup dengan ratu hatinya, Siti Sarah Mohd Noor.

Dengan sekali lafaz, pelakon kelahiran Singapura yang kini popular di Malaysia itu selamat diijabkabulkan dengan Siti Sarah, 30 tahun, semalam (16 Jan).

Ditemui di majlis walimatul urus pasangan mempelai itu di The Ballroom@East Coast petang tadi, Shah Iskandar berkata "tidak semestinya kita bekerja keras, kita tidak boleh menemui cinta."

"Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kerana sekarang ini saya sangat gembira, saya sudah achieve apa yang saya hendak, saya sudah dapat temui the right one of my life sekarang ini, Siti Sarah Mohd Noor," katanya.

Shah Iskandar, 34 tahun, pemenang Pelakon TV popular untuk dua tahun berturut-turut di Anugerah Bintang Popular BH (APBH) yang sudah berkecimpung dalam industri seni lebih sedekad, akur bukan mudah untuk terus kekal dalam industri itu.

Ini lebih-lebih lagi sebagai artis Singapura di industri hiburan negara jiran.

"Tetapi Alhamdulillah, kalau kami kerja keras, dan walaupun kami ini artis Singapura berada di industri hiburan Malaysia, tetapi kalau kami bekerja keras dan kami berdikari, kami pandai bawa diri di mana-mana sahaja, saya rasa tidak kisahlah, sama ada di Malaysia ke, ataupun di Hollywood ke, di Bollywood ke, yang penting kalau anda mendapat peluang itu, ambil peluang itu.

"Peluang tidak akan datang selalu dan sambil saya menyelam itu, sempatlah meminum air," katanya.

Shah Iskandar kemudian berseloroh: "Inilah air dia, inilah isteri saya sekarang, Siti Sarah Mohd Noor, di mana saya terjatuh cinta, dan bukan calang-calang orang, calang-calang orang maksudnya bukan yang dekat-dekat dengan Singapura, lagi jauh, dekat Kedah.

"Nasib baik saya tidak merayap sampai ke Thailand!"

Siti Sarah merupakan ahli perniagaan berasal dari Kedah. Pasangan itu sudah berkenalan sejak dua tahun lalu.

BERITAMediacorp difahamkan, hantaran yang diberikan bernilai $10,000, dan Siti Sarah juga menerima mas kahwin berupa cincin emas. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan