Skip to main content

Iklan

Iklan

BERITA EKSTRA: Mufti berkata, kehidupan beragama umat Islam S'pura kian rancak

Mufti Negara, Dr Mohamed Fatris Bakaram, berkata kehidupan beragama masyarakat Islam Singapura sudah meningkat, dan semakin rancak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Oct 2015 11:46PM Dikemas Kini : 16 Oct 2015 01:23PM

SINGAPURA: Mufti Negara, Dr Mohamed Fatris Bakaram, berkata kehidupan beragama masyarakat Islam Singapura sudah meningkat, dan semakin rancak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau berkata demikian semasa ditemui para wartawan di majlis khas Zikral Hijrah di Masjid Al-Ansar sempena kedatangan tahun baru 1437 Hijrah pada 13 Oktober lalu.

"Alhamdulliah kita dapat melihat dalam beberapa tahun kebelakangan ini kehidupan beragama masyarakat kita ini semakin rancak, semakin kita dapat lihat bukti dan tandanya. Sebagai contoh semasa bulan Ramadan lalu, masjid-masjid penuh dengan para jemaah.

"Majlis-majlis ilmu dapat sambutan sangat menggalakkan, dan ada kegiatan-kegiatan yang sekarang ini menjadi satu kebiasaan dianjurkan oleh masjid-masjid serata Singapura.

"Contohnya majlis-majlis qiyamullail, dan kuliah Subuh selepas itu, yang mana kita boleh perhatikan, mungkin 30 tahun lalu, program seperti ini bukanlah satu yang biasa didengar atau biasa diamalkan masyarakat kita," ujar Mufti.

Mufti berkata, ini merupakan satu contoh bahawa kehidupan beragama umat Islam Singapura sudah meningkat.

Beliau berkata, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sudah menetapkan tema untuk semua perayaan Islam tahun ini, termasuk Maulud Nabi, Ramadan dan juga untuk awal Hijrah ini, iaitu, mengukuhkan dan membangunkan ilmu, nilai-nilai dan juga keluarga.

Saksikan klip BERITA EKSTRA ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan