Skip to main content

Iklan

Iklan

BERITA EKSTRA: Duta Amerika di S'pura buka rumahnya untuk iftar

Duta Amerika Syarikat ke Singapura, Kirk Wagar,  mengalu-alukan kedatangan para pemimpin masyarakat Melayu/Islam ke rumahnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jun 2015 02:15PM Dikemas Kini : 21 Jun 2015 05:32PM

SINGAPURA: “Ramadan Mubarak!” Itulah kata-kata aluan yang disuarakan secara lantang oleh Duta Amerika Syarikat ke Singapura, Encik Kirk Wagar, semasa mengalu-alukan kedatangan para pemimpin masyarakat Melayu/Islam ke rumahnya.

Encik Wagar mengundang para pemimpin Islam tempatan dan juga para diplomat muslim negara lain yang berpangkalan di sini, untuk berkumpul dan beriftar di rumahnya.

Beliau turut menyediakan dan membentangkan barisan sejadah di ruang utama rumahnya itu untuk membolehkan para hadirin bersolat maghrib, dengan diimamkan oleh Habib Hassan Alatas.

Dalam ucapannya, Encik Wagar malam sempat bergurau bahawa kurma yang diberikan Masjid Baalwie untuk Kedutaan Amerika Syarikat terlalu banyak dan akan dapat bertahan lama selepas Ramadan.

Beliau juga berharap, bulan Ramadan ini menjadi peluang untuk terus memperkukuhkan lagi persabahatan dan kerjasama antara Singapura dan Amerika Syarikat.

Dalam ucapannya pula, tetamu istimewa majlis iftar itu, iaitu Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Dalam Negeri, Masagos Zulkifli berkongsi beberapa contoh tentang budaya Singapura semasa musim Ramadan.

Iaitu budaya berkongsi juadah. Beliau berkata, anda hanya perlu memasak satu juadah dan berkongsi dengan jiran-jiran, dan hasilnya mendapat beberapa juadah yang juga diberikan orang lain.

Encik Masagos turut menekankan peri pentingnya membina jembatan setiap hari, dan saling mengenali antara orang Singapura dengan orang Amerika, dan antara masyarakat di serata dunia.

Beliau menekankan mustahak untuk menyebarkan Islam sederhana dan memastikan golongan belia terus didekati agar mereka tidak terpalit dengan pengaruh pengganas seperti ISIS.

Bagaimanakah suasana iftar di rumah Duta Amerika itu? Apa lagi yang diucapkan Encik Wagar dan Encik Masagos?

Ikuti ucapan penuh mereka dalam klip BERITA EKSTRA ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan