Skip to main content

Iklan

Iklan

BERITA EKSTRA: Dulu "selalu bayar yuran sangat lambat", tapi kini jadi Dr Halimah Yacob

"Marilah kita ada kerendahan hati untuk mengaku, bahawa tidak semua yang berlaku kepada kita terjadi kerana kita pandai atau kita bagus. Tetapi kerana kita mendapat banyak bantuan."

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAMediacorp: "Marilah kita ada kerendahan hati untuk mengaku, bahawa tidak semua yang berlaku kepada kita terjadi kerana kita pandai atau kita bagus. Tetapi kerana kita mendapat banyak bantuan."

Demikian kata-kata penuh bermakna dari Speaker Parlimen Halimah Yacob, ketika berucap menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang - iaitu anugerah tertinggi diberikan oleh Universiti Nasional Singapura (NUS), sebagai mengiktiraf sumbangan cemerlang beliau kepada Singapura dan masyarakat. Anugerah tersebut diberikan semalam (7 Jul) oleh Presiden Tony Tan Keng Yam yang juga Canselor NUS.

Dr Halimah menceritakan pengalamannya sendiri, bahawa semasa beliau menuntut di universiti, abangnya yang tidak mempunyai pendapatan yang tinggi, memberinya $50 setiap bulan selama empat tahun. Beliau berkata, ini walaupun ada masa-masanya abangnya itu sangat-sangat memerlukan wang tersebut untuk dirinya sendiri.

Beliau, wanita pertama yang memecah siling kaca dengan menjadi Speaker Parlimen, juga menceritakan bahawa guru sekolahnya membayar dahulu yuran sekolahnya dengan wang dari kocek mereka, kerana "saya selalu bayar yuran (sekolah) sangat lambat" kerana kemiskinan keluarga.

Lantaran itu, Dr Halimah mengingatkan para siswazah NUS di majlis penganugerahan tersebut, bahawa "kita berada di sini sekarang kerana kita mendapat sokongan ramai orang, sepanjang jalan".

Beliau juga menasihatkan para siswazah supaya "jangan menjadi Alice di Wonderland".

Mengapa? Ayuh ikuti ucapan penuh Dr Halimah Yacob ini dalam klip BERITA EKSTRA ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan