Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sistem bacaan meter automatik dilaksanakan secara berperingkat

Keluarga-keluarga di sini akan dibantu untuk lebih berhemat dalam penggunaan air.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Mar 2018 07:48PM Dikemas Kini : 06 Mar 2018 10:37PM

SINGAPURA: Keluarga-keluarga di sini akan dibantu untuk lebih berhemat dalam penggunaan air.

Kementerian Sekitaran dan Sumber Air sedang meneroka sistem membaca meter automatik dilaksanakan di seluruh negara secara bertahap-tahap.

Satu percubaan yang dilancarkan pada 2016, di kalangan 500 keluarga di Punggol berjaya menjimatkan penggunaan air sebanyak 5 peratus.

Encik Zell Chan dan isterinya hanya sedar paip air mereka bocor selepas menerima amaran daripada satu aplikasi di bawah sistem bacaan meter automatik yang diuji PUB.

Dengan teknologi baru itu, Encik Chan dapat menjimatkan penggunaan air sebanyak $10 sebulan.

App tersebut juga membolehkan pengguna menjejaki penggunaan air harian mereka dan mengeluarkan amaran jika penggunaan air mencapai paras yang tinggi.

Bahkan ia juga mempunyai ciri permainan untuk membolehkan para peserta membandingkan penggunaan air dengan jiran mereka, dan mendapat ganjaran untuk mengurangkan penggunaan air.

Penggunaan air bagi setiap penduduk di Singapura sudah berkurangan dari 148 liter sehari pada 2016 kepada 143 liter tahun lalu.

Ini menyusuli kenaikan harga air, Julai lalu.

Pusingan kedua harga air dinaikkan ialah pada Julai akan datang.

Encik Masagos berkata: "Kami menetapkan sasaran 140 liter per kapita sehari menjelang 2030. Saya gembira jumlahnya semakin berkurangan dan kalau boleh ia akan terus merosot. Jadi dalam setahun dua ini, kami akan memantau jumlah ini, kami akan memperkenalkan langkah-langkah menjimatkan air untuk membantu penduduk, rakyat untuk menjimatkan air dan kemudian melihat sama ada kami perlu menyemaknya pada masa depan."

Menurut Encik Masagos Zulkifli Singapura perlu memastikan bekalan air yang mampan kerana perubahan iklim boleh menyebabkan musim tengkujuh dan kemarau yang ekstrim.

Beliau memberi contoh bandar Cape Town di Afrika Selatan, yang mana penduduknya menghadapi catuan air selepas kapasiti kolam airnya berkurangan kepada 26 peratus berikutan kemarau selama tiga tahun.

Menurutnya keadaan itu boleh berlaku di Singapura apabila sumber air yang penting di Linggui terjejas oleh perubahan iklim baru-baru ini.

"Meskipun paras bekalan secara beransur-ansur meningkat kepada 63 peratus, ia mengambil masa lebih setahun, terutamanya disebabkan hujan yang baik dan projek Bendungan Sungai Johor siap. Namun paras itu boleh jatuh lagi dengan cepat," kata Encik Masagos.

Maka itu, tegas beliau, selain penggunaan air di rumah, sektor-sektor lain juga harus memainkan peranan menyokong usaha penjimatan air.  

Sumber : CNA/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan