Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program Penjagaan Berhampiran dengan Rumah diperluas ke 4 lagi tempat termasuk Beach Road, Chai Chee

Pendekatan mengikut keperluan patut diamalkan dalam menjaga kebajikan warga tua di dalam masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Mar 2018 08:39PM Dikemas Kini : 07 Mar 2018 11:50PM

SINGAPURA: Pendekatan mengikut keperluan patut diamalkan dalam menjaga kebajikan warga tua di dalam masyarakat.

Menteri Negara Kanan Kesihatan, Dr Amy Khor, berkata kementeriannya sedang berusaha untuk meningkatkan sokongan masyarakat dan mengadakan lebih banyak pilihan untuk warga tua hidup berdikari di rumah atau di dalam masyarakat.

Program Penjagaan Berhampiran dengan Rumah (C2H) akan diperluas ke empat tempat lagi di Beach Road, Chai Chee, Chin Swee dan Lengkok Bahru.

C2H membantu para warga tua di flat-flat sewa seperti Cik Loke Ah Sim yang tidak mampu mendapatkan khidmat pembantu rumah.

Mereka kerap dikunjungi pasukan C2H yang dikendalikan oleh NTUC Health Silver Circle. Tugas utama pasukan itu menjalin hubungan rapat dengan warga tua bagi membantu memenuhi keperluan mereka.

Bagi menggalakkan penuaan aktif dalam masyarakat pula, Dr Amy Khor berkata Rangkaian Masyarakat untuk Warga Emas akan diperluas meliputi seluruh negara menjelang dua tahun lagi.

Ia melibatkan badan-badan pemerintah, pertubuhan kebajikan dan para sukarelawan untuk mengunjungi warga tua dan menjaga mereka apabila mereka menjadi semakin lemah. 

Sumber : CNA/MU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan