Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peralatan jagaan akhir hayat di rumah diberi subsidi, kata Dr Khor

Sehingga hari ini, lebih 49,000 penerima subsidi sudahpun meraih manfaat daripada dana tersebut sejak ia dilancarkan pada tahun 2011.

Anggaran Waktu Membaca:
Peralatan jagaan akhir hayat di rumah diberi subsidi, kata Dr Khor

(Gambar fail: AFP/Alain Jocard)

Diterbitkan : 07 Mar 2018 11:45PM Dikemas Kini : 07 Mar 2018 11:49PM

SINGAPURA: Barangan seperti kateter, pembalut luka dan lampin pakai buang yang diperlukan oleh para pesakit jagaan akhir hayat di rumah, tidak lama lagi akan diberi subsidi di bawah Dana Mobiliti dan Pengupayaan Warga Tua (SMF).

Demikian menurut Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Amy Khor di parlimen hari ini (7 Mac).

Mengumumkan demikian semasa membahaskan peruntukan Belanjawan bagi kementeriannya, Dr Khor berkata peningkatan tersebut akan dikuatkuasakan pada bulan-bulan mendatang.

Sehingga hari ini, lebih 49,000 penerima subsidi sudahpun meraih manfaat daripada dana tersebut sejak ia dilancarkan pada tahun 2011.

Sejauh ini, klien jagaan di rumah boleh memanfaatkan skim subsidi itu bagi peralatan bantuan, pengangkutan dan jagaan kesihatan di rumah.

Diumumkan dalam Belanjawan Negara 2018, tokokan lagi $100 juta akan disuntik ke dalam SMF pada tempoh lima tahun akan datang.

Lagi $150 juta akan dibelanjakan dari pengangkutan hingga ke subsidi jagaan warga tua dan pusat dialisis.

KEHIDUPAN DIBANTU DIUSAHAKAN

Untuk memberikan lebih banyak sokongan kepada warga tua, Dr Khor mengumumkan bahawa MOH sedang bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) untuk merintis bentuk baru perumahan yang disepadukan dengan khidmat jagaan.

MND dan URA sudahpun meninjau lokasi-lokasi yang berpotensi dalam perumahan awam dan pasaran perumahan privet.

Dalam pembangunan perumahan sedemikian, Dr Khor berkata khidmat-khidmat asas jagaan di rumah seperti mengemas, membasuh pakaian, pemantauan 24 jam dan respons akan ditawarkan untuk menyokong warga tua yang mahu hidup sendirian.

Beliau juga memberikan maklumat terkini tentang Program Penjagaan Berhampiran dengan Rumah (C2H) yang menyokong warga tua yang tinggal sebatang kara atau yang menerima sedikit atau tiada sokongan jagaan. Sehingga hari ini, lebih 2,500 warga tua sudahpun meraih manfaat daripada program C2H.

Program itu akan diluaskan dari 11 lokasi sekarang kepada lagi empat tempat di Beach Road, Chai Chee, Chin Swee dan Lengkok Bahru.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan