Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pendigitalan Kampong Gelam: Para peniaga sambut baik inisiatif dimulakan suku kedua 2018

Menteri Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim mengumumkan di Parlimen hari ini (6 Mac), pemerintah akan membantu 200 peniaga di kawasan utama Kampong Gelam untuk mengamalkan huraian-huraian digital bagi meningkatkan operasi perniagaan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Pendigitalan Kampong Gelam: Para peniaga sambut baik inisiatif dimulakan suku kedua 2018

Gambar hiasan kawasan Kampong Gelam. (Gambar fail: TODAY)

BERITAMediacorp: Menteri Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim mengumumkan di Parlimen hari ini (6 Mac), pemerintah akan membantu 200 peniaga di kawasan utama Kampong Gelam untuk mengamalkan huraian-huraian digital bagi meningkatkan operasi perniagaan mereka.

Usaha-usaha juga sedang dijalankan bagi membantu perniagaan membuat penyesuaian kepada ekonomi digital, menjadikan kawasan perniagaan runcit kejiranan itu yang pertama menjalani perubahan digital.

Selaku pemudahcara projek Pendigitalan Kampong Gelam, Pusat SME di Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) amat mengalu-alukan sokongan untuk mempertingkat keupayaan digital para peniaga di kawasan yang kaya dengan budaya dan warisan itu.

Pengarah Eksekutif DPPMS, Azrulnizam Shah Sohaimi berkata:, "Kami amat teruja dengan projek ini kerana ia adalah projek perintis di mana kawasan seperti Kampong Gelam yang penuh warisan, tradisi dan sejarah disepadukan dengan teknologi moden."

Maka itu, beliau berharap projek ini berjaya mencapai matlamatnya untuk membantu mengembangkan perniagaan setempat di samping mewujudkan sekitaran serta pengalaman berbelanja yang mesra pengunjung.

Fasa pertama projek pendigitalan Kampong Gelam termasuk melaksanakan peta digital seperti Google Maps dan Apple Maps yang menunjukkan pemandangan 360 darjah kedai-kedai runcit serta sistem tempat jualan bersepadu (POS).

"Projek ini memberi faedah kepada ekosistem di sekeliling Kampong Gelam bukan sahaja untuk peniaga tetapi juga pelanggan - misalnya pekerja-pekerja di daerah ini - pengunjung dan pelancong. Seperti inisiatif peta digital, ia akan membolehkan orang ramai mencari dan melanggan kedai-kedai di sekitar Kampong Gelam," jelas Azrulnizam sambil menambah kadang kala pengunjung terutamanya pelancong tersesat jalan dan terpaksa menanyakan lokasi sesebuah kedai.

Namun beliau juga akur akan keprihatinan peniaga-peniaga lebih tua tentang kos dan bagaimana untuk menyesuaikan peniagaan tradisional dalam ekonomi digital.

Bagi tujuan itu, DPPMS menyatakan, pelbagai bentuk sokongan sudahpun dirancang agar dapat membantu golongan peniaga terlibat melalui fasa peralihan dengan lancar.

Misalnya, menganjurkan bengkel dalam penggunaan sistem-sistem digital anjuran Institut Runcit Singapura (SIR).  

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan