NParks teroka beri lebih banyak masa kepada Muzium Kura-kura S'pura untuk pindah
Muzium tersebut mendapat perhatian minggu ini selepas pemiliknya, Cik Connie Tan, menulis satu catatan panjang di Facebook kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Ahad lalu (4 Mac).
SINGAPURA: Lembaga Taman Negara (NParks) sedang "meninjau garis masa projek" bagi pembangunan semula Jurong Lake Gardens untuk meninjau sama ada pihaknya dapat memberikan pemilik Muzium Kura-kura dan Penyu Hidup "lebih banyak masa untuk memperkukuhkan rancangannya", menurut kenyataan bersama yang diterbitkan hari ini (7 Mac).
Muzium tersebut mendapat perhatian minggu ini selepas pemiliknya, Cik Connie Tan, menulis satu catatan panjang di Facebook kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Ahad lalu (4 Mac).
Dalam catatannya itu, beliau berkongsi betapa susahnya untuk berpindah dari kawasannya sekarang di Chinese Garden, dan beliau dipaksa pindah. Beliau sudah bertemu dengan beberapa agensi buat beberapa tahun lalu, termasuk Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA), Lembaga Taman Negara (NParks), Penguasa Darat Singapura (SLA) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA). Meskipun begitu, beliau belum lagi mendapat huraian.
"Saya cuba berpindah ke beberapa kawasan, tetapi kebanyakannya, syarat-syarat tidak dapat ditepati," kata Cik Tan. Taman ORTO di Sembawang antara salah satu tempat tetapi SLA menolak idea tersebut kerana kawasan itu bukan untuk digunakan bagi pameran kura-kura kepada orang ramai, tambah beliau.
Dalam catatan beliau, Cik Tan juga berkongsi satu gambar lama arwah bapa beliau, yang mengasaskan muzium itu, sambil berinteraksi dengan PM Lee semasa satu pertunjukan.
Encik Lee memberikan respons kepada Cik Tan di Facebook dengan mengatakan: "Terima kasih atas catatan anda, yang saya sudah baca. Harap anda yakin bahawa MND (Kementerian Pembangunan Negara) dan agensi-agensi sedang menimbangkan kes anda."
Dalam kenyataan bersamanya, NParks, URA dan SLA mendedahkan bahawa Cik Tan tahu mengenai rancangan pembangunan semula Jurong Lake Gardens seawal 2011. Beliau juga diberitahu bahawa beliau harus berpindah dari kawasan tersebut apabila berakhirnya tempoh sewaan pada 30 Mac 2016.
"Dengan itu, agensi-agensi bersimpati dengan muzium yang memerlukan lebih banyak masa untuk mendapatkan tempat berpindah yang sesuai," menurut kenyataan tersebut, yang juga menambah bahawa NParks kemudiannya melanjutkan tempoh sewaan muzium tersebut sehingga 30 Mac 2018.
Agensi-agensi itu menyatakan bahawa pihaknya memberikan lawatan penerokaan di Pulau Kusu pada Mei 2016, di mana Cik Tan boleh mendapatkan kawasan baru. Cik Tan menolak tawaran tersebut.
"Kami sudah berhubungan dengan Cik Tan dan akan terus berbincang dengan beliau mengenai rancangannya kepada muzium itu," menurut agensi-agensi itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.