Lebih banyak program latihan, peningkatan keupayaan bagi sokong syarikat media tempatan
Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) akan memperkenalkan lebih banyak program latihan dan peningkatan keupayaan untuk menyokong syarikat-syarikat media tempatan.
SINGAPURA: Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) akan memperkenalkan lebih banyak program latihan dan peningkatan keupayaan untuk menyokong syarikat-syarikat media tempatan.
Berucap di parlimen, Menteri Negara Kanan bagi Perhubungan dan Penerangan, Chee Hong Tat berkata syarikat-syarikat kecil akan juga mendapat manfaat daripada program tersebut.
Ia menyediakan latihan dalam bidang-bidang seperti strategi perniagaan, perlesenan dan pemasaran.
Mulai Mei ini, IMDA akan juga meluaskan Skim Bantuan Bakat bagi menyokong karyawan media di luar sektor media.
Skim itu menyediakan pembiayaan bagi para penerima untuk mengambil kursus-kursus di dalam dan luar negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.