Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah saman trafik naik hampir 40% bagi FY2017

Jumlah saman trafik yang dikumpul Pemerintah pada Tahun Kewangan (FY) 2017 adalah paling tinggi dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah saman trafik naik hampir 40% bagi FY2017

Kamera-kamera di jalan raya Singapura. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 06 Mar 2018 09:08PM Dikemas Kini : 06 Mar 2018 09:14PM

SINGAPURA: Jumlah saman trafik yang dikumpul Pemerintah pada Tahun Kewangan (FY) 2017 adalah paling tinggi dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

Ini menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) sebagai sebahagian daripada Belanjawan Negara.

Pemerintah mengumpulkan jumlah denda yang disemak semula, sebanyak S$42.5 juta bagi Tahun Kewangan 2017, naik sekitar 39 peratus berbanding tahun kewangan sebelumnya.

Jumlah itu lebih tinggi berbanding S$30.5 juta yang dikumpulkan pada Tahun Kewangan 2016 dan S$34.4 juta pada Tahun Kewangan 2015.

"Dari segi nilainya, jumlah bagi FY2017 lebih tinggi berbanding dua tahun sebelumnya - FY2015 dan FY2016 - tetapi ia lebih rendah berbanding FY2013 dan FY2014," menurut seorang jurucakap MOF.

"Sebagai sebahagian daripada GDP, jumlah bagi FY2017 lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelum FY2015."

Denda yang dikumpulkan pada FY2014 adalah S$56.8 juta manakala bagi FY2013 jumlahnya S$48.7 juta.

Sekitar S$44 juta dianggarkan bagi tahun kewangan akan datang, naik 3.7 peratus daripada perangkaan FY2017.

Jumlah kemalangan di jalan raya juga lebih rendah dan angka kemalangan maut serta kematian juga berada di paras paling rendah pada tahun lalu, menurut laporan Keadaan Trafik Jalan Raya Tahunan 2017 yang dikeluarkan pada bulan lalu.

Kemalangan berkaitan memandu dalam keadaan mabuk, laju dan melanggar lampu merah juga berkurangan, menurut polis.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan