Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dana $3.6 juta bagi bantu MSO kendali projek prasarana berskala kecil

Pejabat Perkhidmatan Perbandaran (MSO) boleh memanfaatkan dana baru bernilai $3.6 juta untuk membantu projek-projek prasarana berskala kecil sepanjang tempoh dua tahun mendatang.

Anggaran Waktu Membaca:
Dana $3.6 juta bagi bantu MSO kendali projek prasarana berskala kecil

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 07 Mar 2018 12:19AM Dikemas Kini : 07 Mar 2018 12:24AM

SINGAPURA: Pejabat Perkhidmatan Perbandaran (MSO) boleh memanfaatkan dana baru bernilai $3.6 juta untuk membantu projek-projek prasarana berskala kecil sepanjang tempoh dua tahun mendatang.

Ini diumumkan oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) Grace Fu hari ini (6 Mac).

Skim itu adalah tambahan kepada pilihan dana lain seperti skim Walk2Ride Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), yang menyediakan laluan berbumbung yang menghubungkan penumpang kepada lokasi pengangkutan dan juga Program Naik Taraf Estet Kementerian Pembangunan Negara.

"Dari masa ke masa terdapat jurang dana bagi prasarana berskala kecil di peringkat tempatan," kata Cik Fu, yang juga menyelia MSO, semasa membahaskan peruntukan Belanjawan bagi Kementerian Pembangunan Negara.

MSO merintis satu skim pembiayaan kecil pada tahun 2014 untuk mengisi jurang tersebut.

Sekitar 140 permohonan prasarana diterima bagi dana tersebut. "Permohonan tersebut adalah bagi projek prasarana berskala kecil namun penting dan ia mewujudkan kesan positif ke atas kehidupan seharian penduduk" seperti tempat pemegang di jambatan Sungai Geylang dan lampu di laluan pejalan kaki berdekatan stesen LRT Punggol Point.

(Gambar: MSO)

Lampu di laluan pejalan kaki berdekatan stesen LRT Punggol Point. (Gambar: MSO)

Projek itu menunjukkan terdapat keperluan bagi dana yang berterusan untuk prasarana kejiranan yang berskala kecil.

"Para penduduk juga meraih manfaat daripada prasarana sedemikian yang mempertingkat ketersambungan serta akses dan keselamatan, tambah MSO.

(Gambar: MSO)

Jambatan Sungai Geylang. (Gambar: MSO)

Selain LIP, MSO juga bekerjasama dengan rakan-rakan agensi untuk membangunkan mekanisme peningkatan supaya permintaan yang bertentangan atau hambatan dalam kalangan agensi tidak menyebabkan kelengahan dalam perancangan, pembangunan dan penyenggaraan prasarana berkaitan ketersambungan," kata Cik Fu.

"Ini akan membantu mengisi jurang dan menyokong agensi-agensi kita memenuhi keperluan prasarana penduduk dengan segera," tambah Cik Fu.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan