Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bayaran bersama 5% bagi pemegang polisi Pelan Bersepadu demi perubatan berhemat

Pemegang polisi baru Pelan Bersepadu MediShield dengan perlindungan tambahan atau "riders" akan dikenakan bayaran bersama minimum wajib sebanyak lima peratus kos jagaan kesihatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Mar 2018 08:32PM Dikemas Kini : 07 Mar 2018 11:37PM

SINGAPURA: Pemegang polisi baru Pelan Bersepadu MediShield dengan perlindungan tambahan atau "riders" akan dikenakan bayaran bersama minimum wajib sebanyak lima peratus kos jagaan kesihatan.

Ini diumumkan Menteri Kesihatan Gan Kim Yong di parlimen semasa perbahasan Jawatankuasa peruntukan Kementerian Kesihatan (MOH).

Pada masa ini, syarikat insurans privet menawarkan beberapa polisi tanpa sebarang bayaran bersama atau co-payment.

"Polisi sedemikian menggalak 'sindrom Buffet' kerana pesakit tidak perlu membuat sebarang bayaran apabila menerima rawatan perubatan. Ini melemahkan prinsip bayaran bersama dan mengurangkan tanggungjawab peribadi untuk memilih khidmat jagaan kesihatan yang perlu dan wajar.

"Ini pastinya menggalak rawatan melebihi daripada keperluan, sekaligus menyebabkan kos jagaan kesihatan meningkat bukan sahaja untuk pemegang polisi sendiri tetapi bagi semua orang," kata Encik Gan.

Encik Gan berkata polisi sedemikian yang dinamakan "full riders" menggalak perbuatan di mana pemegang polisi meminta khidmat jagaan kesihatan atau rawatan melebihi daripada keperluan, kerana tidak perlu membuat sebarang bayaran.

Ini katanya menyebabkan kos jagaan kesihatan meningkat bukan sahaja untuk pemegang polisi sedemikian tetapi bagi semua orang.

Encik Gan menambah dasar bayaran bersama penting bagi memastikan kemampanan sistem jagaan kesihatan Singapura. Ia menekankan pentingnya pesakit memikul tanggungjawab peribadi dalam jagaan kesihatan.

Di samping itu, ia menggalak penyedia khidmat jagaan kesihatan supaya memberi tumpuan kepada rawatan yang sewajarnya dan menggalak pesakit supaya mengambil keputusan yang berhemat dalam khidmat jagaan kesihatan.

MOH, tambahnya, akan terus menyemak dasar-dasar pembiayaan jagaan kesihatan kos bayaran bersama itu dalam kemampuan ramai menerusi pemberian subsidi yang khusus.  

Sumber : CNA/MM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan