Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2 perubahan struktur sepadukan khidmat warga tua bakal pertingkat jagaan masyarakat

Kementerian Kesihatan (MOH) akan melakukan dua "perubahan struktur" untuk mewujudkan lebih banyak "masyarakat penjaga" di merata Singapura untuk menangani keperluan warga tua dengan lebih menyeluruh.

Anggaran Waktu Membaca:
2 perubahan struktur sepadukan khidmat warga tua bakal pertingkat jagaan masyarakat

Warga emas di Singapura. (Gambar fail: Francine Lim)

Diterbitkan : 08 Mar 2018 12:19AM Dikemas Kini : 08 Mar 2018 12:23AM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) akan melakukan dua "perubahan struktur" untuk mewujudkan lebih banyak "masyarakat penjaga" di merata Singapura untuk menangani keperluan warga tua dengan lebih menyeluruh.

Demikian menurut Menteri Gan Kim Yong hari ini (7 Mac).

Berucap di Parlimen, Encik Gan menggariskan usaha kementeriannya dalam inisiatif Singapore Cares (SG Cares), yang merupakan usaha oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).

Encik Gan menjelaskan bahawa Rangkaian Masyarakat bagi Warga Tua (CNS) dirintis pada tahun 2016 untuk menggerak dan menyelaras usaha sukarelawan, penyedia khidmat dan pihak berkepentingan lain dalam setiap masyarakat untuk menjaga warga tua. Beliau turut menekankan perlunya mewujudkan lebih banyak "masyarakat penjaga" di merata negara.

MOH sedang melakukan dua perubahan struktur untuk mencapainya.

Pertama, beliau berkata penukaran Pejabat Generasi Perintis kepada Pejabat Generasi Warga Emas, yang ditempatkan dalam Agensi Jagaan Bersepadu (AIC) akan membantu meluaskan usaha mendampingi warga tua menjangkaui generasi Perintis dan memanfaatkan keupayaan dan AIC.

Mendedahkan perincian Pejabat Generasi Warga Emas, beliau berkata ia akan melakukan "lebih banyak usaha tertumpu apabila mendampingi warga tua" untuk membawa program-program kesejahteraan dan pencegahan menyakit kepada mereka.

"Bagi mereka yang mempunyai pelbagai keperluan, mereka akan segera dirujuk kepada khidmat-khidmat sokongan kesihatan dan sosial yang relevan di bawah AIC," kata beliau.

Perubahan kedua pula, katanya, adalah untuk menyepadukan semua khidmat kesihatan dan sosial di bawah MOH untuk memberikan sokongan lebih baik kepada warga tua supaya mereka dapat meniti usia senja dengan sejahtera dalam kalangan masyarakat.

Pemindahan fungsi jagaan sosial MSF kepada MOH membolehkan MOH memberikan sokongan kepada warga tua dengan lebih lancar, tambah beliau, dengan AIS bertindak sebagai penyelaras semua khidmat berkaitan kesihatan dan sosial bagi warga tua dan penjaga mereka.

"Langkah ini juga membuat perancangan masa depan bagi khidmat jagaan warga tua di peringkat nasional dan dalam bentuk lebih bersepadu," jelas beliau.

LEBIH BANYAK SOKONGAN BAGI PENJAGA

Encik Gan menambah kementeriannya juga akan menyediakan lebih banyak sokongan buat para penjaga, sambil berkata beliau mengiktiraf dedikasi dan peranan penting yang dimainkan semasa menjaga warga tua. Beliau menggariskan sokongan sedia ada bagi para penjaga tetapi berkata masih ada ruang untuk melakukan lebih banyak.

"Sokongan emosi dan tepat pada masanya amat penting kepada para penjaga," kata beliau. "Kami sedang mengusahakan pendekatan baru untuk memberikan sokongan kepada para penjaga di pusat-pusat jagaan warga tua."

Contohnya, sokongan boleh diberikan dalam bentuk panggilan telefon, pertemuan empat mata atau lawatan ke rumah.

"MOH dan AIC akan terus menerima maklum balas daripada para penjaga dan bekerjasama dengan rakan-rakan kami untuk memberikan sokongan," tambah beliau.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan