Belanjawan 2016

Images
  • elderly sg
    Warga tua di Singapura. (Gambar fail: Xabryna Kek)

Usia pengambilan semula pekerja dinaikkan kepada 67 tahun mulai Julai 2017

SINGAPURA: Usia pengambilan semula pekerja akan dinaikkan dari 65 tahun sekarang kepada 67 tahun mulai Julai tahun depan.

Syarikat-syarikat yang menggaji para pekerja warga tua yang berusia 65 tahun ke atas akan terus menerima subsidi gaji tiga peratus sehingga Julai tahun depan.

Hal itu dipersetujui oleh perikatan tiga pihak.

Demikian diumumkan oleh Menteri Negara Tenaga Manusia Sam Tan semasa Parlimen membahaskan peruntukan belanjawan kementerian itu semalam (9 Apr).

Mulai tahun depan juga, peraturan yang ada sekarang berkaitan pemotongan gaji 10 peratus bagi para pekerja yang berusia 60 tahun ke atas akan dimansuhkan.

Peraturan itu menurut Encik Tan tidak lagi relevan sekarang kerana 98 peratus syarikat tidak lagi mengamalkan pemberian gaji berdasarkan senioriti seseorang pekerja.

Undang-undang juga akan dipindahkan bagi membolehkan majikan baru menggaji semula pekerja daripada syarikat induk sebelumnya.

Ini bagi memberikan peluang lebih luas kepada para pekerja untuk digaji semula.  

- CNA/ag

Top