Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelan Perubahan Industri akan dihasilkan bagi 20 sektor

Lebih 20 sektor di Singapura akan menerima Pelan Perubahan Industri, yang disesuaikan mengikut keperluan setiap industri, bagi membantu memacu daya penghasilan dan inovasi, melabur dalam kemahiran dan menggalak peluasan perniagaan ke peringkat antarabangsa.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Mar 2016 02:28PM Dikemas Kini : 28 Mar 2016 08:31PM

SINGAPURA: Lebih 20 sektor di Singapura akan menerima Pelan Perubahan Industri, yang disesuaikan mengikut keperluan setiap industri, bagi membantu memacu daya penghasilan dan inovasi, melabur dalam kemahiran dan menggalak peluasan perniagaan ke peringkat antarabangsa.

Inisiatif itu adalah sebahagian daripada Program Perubahan Industri yang dibentangkan dalam Belanjawan 2016, Menteri Kewangan Heng Swee Keat memberitahu media di luar lawatannya ke firma tempatan Feinmetall Singapore hari ini (28 Mac).

Setiap peta akan disertakan dengan inisiatif yang bertujuan meningkatkan kerjasama antara syarikat-syarikat dan menggalak firma supaya melabur dalam tenaga manusia bagi menajamkan kemahiran.

Peta-peta itu juga menyarankan beberapa bidang inovasi bagi membolehkan firma-firma menawarkan produk-produk dan khidmat baru melalui penggunaan teknologi yang lebih baik, serta menekankan pentingnya bagi syarikat-syarikat untuk terus mengembangkan sayap.

Beberapa pasukan akan dibentuk bagi setiap sektor, dengan penyertaan beberapa agensi pemerintah seperti Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), SPRING Singapore, IE Singapore, Agensi Sains, Teknologi dan Kajian (A*STAR) dan Agensi Pembangunan Tenaga Kerja Singapura (WDA).

Sektor-sektor di bawah Peta Perubahan Industri membentuk lebih 80 peratus GDP Singapura.

Sewaktu pertama kali menyampaikan Kenyataan Belanjawan, Encik Heng mendedahkan Program Perubahan Industri bernilai $4.5 bilion, yang disasarkan bagi menyokong firma-firma dan industri di samping memacu inovasi.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan