Belanjawan 2016

Images
  • Tengah New Town
    Gambar bandar Tengah yang baru. (Gambar: HDB)

Lawrence Wong: Tengah akan jadi 'bandar perhutanan' baru

SINGAPURA: Bandar baru Tengah, yang diumumkan sebelum ini, akan disepadukan dengan Kawasan Inovasi Jurong dan dirancang sebagai sebuah bandar hutan perhutanan.

Demikian menurut Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong di Parlimen hari ini (11 Apr).

Bandar baru Tengah akan ditempatkan bersebelahan dengan Kawasan Inovasi Jurong, yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat semasa menyampaikan Kenyataan Belanjawan 2016, kata Encik Wong.

Kawasan Inovasi Jurong disifatkan sebagai sebuah taman perindustrian masa hadapan dan disebut-sebut sebagai inovasi masa hadapan bagi perusahaan, pembelajaran dan kehidupan.

Memandangkan kawasan itu dikelilingi tumbuh-tumbuhan hijau, Tengah dirancang sebagai sebuah bandar perhutanan.

Menurut Encik Wong, bersama-sama dengan Kawasan Inovasi Jurong, ia akan menjadi kawasan yang "menarik untuk bekerja, menetap dan beriadah".

Lebih banyak perincian akan didedahkan pada satu tarikh yang bakal ditetapkan.

- CNA/ag

Top