Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lawrence Wong: "Masih terlalu awal" untuk tarik balik langkah kawal pasaran hartanah

Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong berkata "masih terlalu awal" untuk menarik balik langkah-langkah kawalan hartanah yang sedang dikuatkuasakan sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:
Lawrence Wong: "Masih terlalu awal" untuk tarik balik langkah kawal pasaran hartanah

Orang ramai sedang melihat model flat-flat baru HDB di HDB Hub. (Gambar: TODAY/Robin Choo)

Diterbitkan : 11 Apr 2016 06:31PM Dikemas Kini : 11 Apr 2016 06:32PM

SINGAPURA: Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong berkata "masih terlalu awal" untuk menarik balik langkah-langkah kawalan hartanah yang sedang dikuatkuasakan sekarang.

Beliau berkata demikian semasa Parlimen membahaskan peruntukan bagi kementeriannya hari ini (11 Apr).

Semasa menjawab soalan para AP yang menggesa agar langkah-langkah itu ditarik balik, Encik Wong menjelaskan bahawa "langkah-langkah tersebut terbukti berkesan dalam memantapkan pasaran hartanah" dan melonggarkannya mungkin boleh menyebabkan pasaran bangkit terlalu awal.

Encik Wong sekali lagi mengingatkan bahawa pemerintah akan membina 18,000 flat baru pada tahun ini untuk "menampung permintaan yang kian meningkat disebabkan oleh perubahan dasar baru-baru ini". Ini lebih tinggi berbanding 15,000 flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO) baru yang dilancarkan pada 2015.

Namun, beliau akur bahawa rentak pembinaan flat BTO itu tidak boleh dijalankan secara terus menerus. Oleh itu, pemerintah merancang untuk "mengurangkan pembinaan flat-flat BTO secara bertahap-tahap bagi mencapai paras mampan dalam jangka pertengahan," tegas beliau.

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan