Gerakan membaca di peringkat nasional dilancarkan tahun ini
Satu gerakan membaca di peringkat nasional akan dilancarkan tahun ini bagi mewujudkan masyarakat yang mengamalkan budaya membaca di Singapura.
SINGAPURA: Satu gerakan membaca di peringkat nasional akan dilancarkan tahun ini.
Ia bagi mewujudkan masyarakat yang mengamalkan budaya membaca di Singapura.
Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim berkata sebagai permulaan, NLB akan menumpukan usaha mendampingi para pembaca baru, lebih tekanan kepada bahasa ibunda serta mengembangkan rangkaian rakan kongsi.
NLB juga akan melancarkan satu kempen dua bulan pada bulan Jun, bagi mendapatkan sebanyak mungkin ikrar daripada orang ramai untuk Kempen Berikrar Untuk Membaca.
Bersama LTA pula, gerabak-gerabak MRT yang bertemakan perpustakaan akan dilancarkan lewat tahun ini.
Kereta api juga akan berfungsi sebagai sebuah perpustakaan di mana para penumpang boleh memuatturun buku elektronik.
Kempen itu berakhir dengan sambutan Hari Membaca Kebangsaan pada 30 Julai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.