Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belanjawan 2016: Agihan lebih tinggi, sokongan lebih besar bagi pekerja kurang upaya, bergaji rendah

Agihan yang lebih tinggi dan sokongan yang lebih besar akan dihulurkan kepada para pekerja kurang upaya dan yang bergaji rendah.

Anggaran Waktu Membaca:
Belanjawan 2016: Agihan lebih tinggi, sokongan lebih besar bagi pekerja kurang upaya, bergaji rendah

Gambar fail seseorang yang duduk di kerusi roda. (Gambar: ThinkStock)

Diterbitkan : 24 Mar 2016 07:00PM Dikemas Kini : 24 Mar 2016 08:32PM

SINGAPURA: Agihan yang lebih tinggi dan sokongan yang lebih besar akan dihulurkan kepada para pekerja kurang upaya dan yang bergaji rendah.

Ini didedahkan oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat semasa menyampaikan Belanjawan 2016 di Parlimen hari ini (24 Mac).

Jumlah agihan akan ditambah di bawah Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) yang bermatlamat untuk menggalak para pekerja berusia 35 tahun dan ke atas untuk menyertai tenaga kerja dengan menambah pendapatan dan simpanan CPF mereka.

Sebagai contoh, para pekerja yang membawa pulang $1,000 hingga $1,600 sebulan akan menerima agihan tambahan $100 hingga $500. Para pekerja akan terus menerima 40 peratus WIS dalam bentuk wang tunai dan 60 peratus dalam CPF mereka, kata Encik Heng.

Batas pendapatan kelayakan juga akan dinaikkan kepada $2,000 dari $1,900 sekarang ini. Kriteria itu juga akan dipermudahkan, dengan WIS dibayar setiap bulan. Ini berbanding kriteria yang ada sekarang, di mana seseorang itu perlu bekerja dua daripada tiga bulan berturut-turut, atau tiga daripada enam bulan berturut-turut, ataupun enam daripada 12 bulan setahun.

Para pekerja juga boleh menjangkakan bayaran WIS setiap bulan dan bukan lagi tiga bulan sekali.

Skim ini dijangka menelan belanja $770 juta setahun dan akan memanfaatkan sekitar 460,000 rakyat Singapura, kata Encik Heng.

SOKONGAN DI TEMPAT KERJA BAGI GOLONGAN KURANG UPAYA

Para majikan yang menggajikan pekerja kurang upaya yang mendapat sehingga $4,000 sebulan akan terus menerima Skim Kredit Khas Pekerjaan (SEC).

Mereka akan menerima kredit sehingga 16 peratus daripada gaji pekerja, seganda lebih tinggi berbanding SEC bagi pekerja lanjut usia.

Skim Sokongan Latihan Daya Kerja yang buat masa ini bagi pekerja bergaji rendah yang berusia 35 tahun dan ke atas, juga akan dilanjutkan kepada pekerja kurang upaya berpendapatan rendah yang berusia bawah 35 tahun, bagi menyokong pembelajaran mereka dengan lebih baik lagi.

Perkhidmatan Awam juga akan memperluaskan pekerja pekerjaan kepada mereka yang kurang upaya, dengan sokongan daripada SGEnable, kata Encik Heng, sambil menambah bahawa lebih banyak perincian akan dimumkan apabila jawatankuasa peruntukan membahaskan Belanjawan 2016 kelak. 

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan