Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Akta baru bagi mereka yang tidak berdaya melindungi diri sendiri

undang-undang baru untuk melindungi orang-orang dewasa yang terdedah kepada penderaan, penganiayaan dan pengabaian diri sendiri akan dikuatkuasakan

Anggaran Waktu Membaca:
Akta baru bagi mereka yang tidak berdaya melindungi diri sendiri

Gambar para pekerja menyeberangi jalan. (Gambar: Francine Lim/ channelnewsasia.com)

Diterbitkan : 13 Mar 2015 06:36PM Dikemas Kini : 13 Mar 2015 06:42PM

SINGAPURA: Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Chan Chun Sing juga mengumumkan di Parlimen mengenai undang-undang baru untuk melindungi orang-orang dewasa yang terdedah kepada penderaan, penganiayaan dan pengabaian diri sendiri akan dikuatkuasakan pada akhir tahun ini.

Akta baru itu akan melindungi orang-orang dewasa yang tidak berdaya melindungi diri mereka dari risiko-risiko sedemikian.

Di bawah undang-undang itu, para pekerja sosial akan diberi kuasa untuk melakukan siasatan, memasuki kediaman dan jika perlu, menempatkan mereka di rumah-rumah perlindungan untuk memastikan keselamatan.

Namun menurut Encik Chan, akta itu perlu dikuatkuasakan sebagai ikhtiar terakhir bagi menghormati hak dan harga diri seseorang.

Beliau juga mengumumkan pindaan kepada Akta Keupayaan Mental bagi menyokong mereka yang menghadapi masalah ketidak keupayaan mental dan keluarga mereka.

Ia akan mempermudah lagi perlaksanaan skim Surat Kuasa Peguam atau LPA bagi membantu keluarga-keluarga yang menjaga pesakit mental. 

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan