Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat akan dibantu dalam pembiayaan apabila menebar sayap secara global

Dengan pengantarabangsaan menjadi enjin penting bagi pertumbuhan perniagaan-perniagaan tempatan, Pemerintah akan terus menyediakan sokongan dalam bidang itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat akan dibantu dalam pembiayaan apabila menebar sayap secara global

Latar langit Singapura. (Gambar: Reuters/Edgar Su)

Diterbitkan : 20 Feb 2017 07:08PM Dikemas Kini : 20 Feb 2017 11:11PM

SINGAPURA: Dengan pengantarabangsaan menjadi enjin penting bagi pertumbuhan perniagaan-perniagaan tempatan, Pemerintah akan terus menyediakan sokongan dalam bidang itu.

Pemerintah akan memperkenalkan sebuah dana baru dan usaha-usaha untuk merapatkan jurang pembiayaan projek.

Ini sedang Jawatankuasa Ekonomi Masa Hadapan (CFE) menggariskan perlunya bagi Singapura mempereratkan dan mempelbagaikan hubungan-hubungan antarabangsanya, memperkukuhkan ikatan dengan rakan-rakan kongsi di luar negara, dan mencari peluang-peluang di pasaran-pasaran baru, sebagai sebahagian daripada tujuh strateginya untuk memastikan ekonomi bersiap sedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Berucap di Parlimen hari ini (20 Feb), Menteri Kewangan Heng Swee Keat menarik perhatian bahawa banyak firma berpangkalan di Singapura sudahpun mempunyai kehadiran dalam pasaran-pasaran lain, biasanya dengan sokongan dari International Enterprise (IE) Singapore.

Pada 2016, contohnya, IE Singapore menyokong syarikat-syarikat dalam lebih 37,000 kes, iaitu naik 9 peratus berbanding 2015.

Untuk lebih menyokong perniagaan-perniagaan tempatan supaya mereka tumbuh, Pemerintah akan terus membangunkan ekosistem pembiayaan yang bijak, tambahnya.

Oleh itu, Pemerintah akan memperuntukkan modal Pemerintah sehingga S$600 juta bagi Dana Kerjasama Antarabangsa yang baru, yang akan melabur secara bersama dengan firma-firma berpangkalan di Singapura untuk membantu mereka mengantarabangsakan perniagaan mereka, kata Encik Heng.

Pemerintah juga akan mempertingkatkan skim-skim untuk memenuhi jurang-jurang yang sedia ada dalam pasaran kewangan untuk pembiayaan projek, tambahnya. Dengan memangkinkan pembiayaan privet dan mengongsi risiko-risiko dengan institusi-institusi kewangan, ini akan membantu syarikat-syarikat tempatan memanfaatkan dengan lebih baik pasaran yang kian berkembang bagi pembangunan infrastruktur dalam ekonomi-ekonomi baru, terutama di Asia.

Memandang ke hadapan, Skim Pembiayaan Pengantarabangsaan IE Singapore akan dipertingkatkan untuk membantu firma-firma tempatan mengukuhkan kedudukan masing-masing di persada infastruktur global.

Secara keseluruhannya, peningkatan-peningkatan itu akan mempertingkatkan keupayaan syarikat-syarikat tempatan mengambil lebih banyak projek luar negara, tambah Encik Heng.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan