Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mediacorp siarkan kenyataan Belanjawan 2017 secara langsung

Mediacorp pada Jumaat (17 Feb) menyatakan bahawa ia akan menyiarkan kenyataan Belanjawan 2017 secara langsung menerusi Channel NewsAsia,  938LIVE, channelnewsasia.com, todayonline.com dan Toggle.

Anggaran Waktu Membaca:
Mediacorp siarkan kenyataan Belanjawan 2017 secara langsung

Gambar fail Bangunan Parlimen di Singapura. (Gambar: Ngau Kai Yan)

Diterbitkan : 18 Feb 2017 08:26AM Dikemas Kini : 20 Feb 2017 11:42AM

SINGAPURA: Mediacorp pada Jumaat (17 Feb) menyatakan bahawa ia akan menyiarkan kenyataan Belanjawan 2017 secara langsung menerusi Channel NewsAsia, 938LIVE, channelnewsasia.com, todayonline.com dan Toggle.

Menteri Kewangan Heng Swee Keat akan membentangkan kenyataan Belanjawan 2017 pada Isnin depan jam 3.30 petang di Parlimen.

Menyusuli kenyataan Belanjawan tersebut, Mediacorp akan menerbitkan Forum Belanjawan Singapura 2017 dalam versi empat bahasa. Forum itu turut merangkumi jurucakap pemerintah, pemimpin perniagaan dan para pakar yang akan bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai Belanjawan tersebut.

Senarai siaran Mediacorp bagi kenyataan Belanjawan 2017 adalah seperti berikut:

SIARAN BAHASA INGGERIS

Televisyen

Isnin, 20 Februari, 3.30 petang, Channel NewsAsia

Siaran "langsung" bagi kenyataan Belanjawan 2017 dibentangkan oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat dari Parlimen

Khamis, 23 Februari, 8.00 malam hingga 9.00 malam, Channel NewsAsia; dan Khamis, 23 Februari, 9.30 malam hingga 10.30 malam, Saluran 5

Forum Belanjawan Singapura 2017: Sebuah program khas yang meneliti butiran utama Belanjawan Sinagpura 2017 dan impaknya, dalam satu perbualan bersama Menteri Kedua Kewangan merangkap Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong

Radio

Isnin, 20 Februari, 3.30 petang, 938LIVE

Siaran "langsung" kenyataan Belanjawan 2017 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat dari Parlimen

Selasa, 21 Februari, 8.00 pagi hingga 9.00 pagi, 938LIVE

'938LIVE Budget 2017 Special': Penyampai Keith De Souza dan Bharati Jagdish menerima soalan dari orang ramai dan membincangkan isu utama dari Belanjawan bersama Menteri Negara Kanan Kewangan merangkap Undang-Undang Indranee Rajah

TODAY

Dari Selasa, 21 Februari

Liputan menyeluruh bagi Belanjawan Singapura 2017, termasuk analisis, pandangan dan komentar terperinci

Digital

Channel NewsAsia: www.channelnewsasia.com/budget2017

Laporan khas dan siaran "langsung" akan disediakan. Perkembangan terkini berdasarkan masa nyata juga disediakan di Twitter dan Facebook

Isnin, 20 Februari, 3.30 petang di www.channelnewsasia.com/budget2017

Siaran strim secara "langsung" bagi kenyataan Belanjawan 2017 dibentangkan oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat dari Parlimen

TODAY: www.todayonline.com/singapore/budget2017

Laporan khas dan perkembangan terkini mengenai Belanjawan 2017. Turut disediakan di Facebook dan Twitter

Isnin, 20 Februari, 3.30 petang di www.todayonline.com/singapore/budget2017

Siaran strim secara langsung bagi kenyataan Belanjawan 2017 dibentangkan oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat dari Parlimen

Isnin, 20 Februari, 3.30 petang di www.toggle.sg/budget2017

Siaran serentak bagi kenyataan Belanajwan 2017 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat dari Parlimen dengan kapsyen secara "langsung" dan tontonan semula disediakan di seluruh dunia

SIARAN BAHASA MELAYU

Televisyen

Sabtu, 25 Februari, 8.30 malam hingga 9.30 malam, Suria

Forum Belanjawan Singapura 2017: Sebuah program khas Belanjawan bersama Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli

Radio

Sabtu, 25 Februari, 8.30 malam hingga 9.30 malam (siaran serentak di Suria), WARNA 94.2FM

Belanjawan 2017 - Bersama Menteri: Siaran serentak bagi Belanjawan 2017 - Bersama Menteri di Suria

Digital

Berita: Portal berita dan laman Facebook

Satu bahagian khas dengan berita, klip video dan grafik berkaitan Belanjawan 2017


Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan