Halimah Yaacob harap rakyat terus dibantu harungi cabaran ekonomi
Menawarkan lebih banyak sokongan kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana serta membantu para usahawan yang baru bertapak untuk menembusi pasaran sejagat.
SINGAPURA: Menawarkan lebih banyak sokongan kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana serta membantu para usahawan yang baru bertapak untuk menembusi pasaran sejagat.
Itulah antara isu-isu yang Speaker Parlimen dan AP GRC Marsiling-Yew Tee, Halimah Yacob, berharap akan diutarakan semasa pembentangan Belanjawan pada 20 hari bulan ini.
Bercakap di luar satu acara masyarakat, Cik Halimah juga berharap lebih banyak boleh dilakukan untuk membantu rakyat tempatan mengharungi ekonomi yang kian pantas berubah.
Salah satunya ialah menerusi peningkatkan kemahiran dan bagaimana mereka boleh merebut peluang-peluang pekerjaan baru yang diwujudkan.
Ini terutamanya bagi mereka yang kehilangan pekerjaan disebabkan proses penyusunan semula ekonomi atau perkembangan teknologi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.