Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPPMS: Belanjawan 2017 kurang hulurkan "bantuan segera"

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) melahirkan keyakinan, Belanjawan 2017 mampu menyiapkan perniagaan kecil dan sederhana (SME) untuk perubahan jangka panjang.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) melahirkan keyakinan, Belanjawan 2017 mampu menyiapkan perniagaan kecil dan sederhana (SME) untuk perubahan jangka panjang.

Bagaimanapun ia juga berasa belanjawan yang dibentangkan semalam (20 Feb), kurang menghulurkan "bantuan segera".

Oleh itu, DPPMS menggesa para peniaga setempat supaya memanfaatkan skim bantuan sedia ada, serta mendakapi inovasi dan strategi digital untuk menjana pertumbuhan.

Presiden DPPMS, Zahidi Abdul Rahman berkata: "Apa yang kami lihat dari segi Belanjawan ini adalah Belanjawan yang menentukan hala tuju jangka panjang. Dari segi jangka pendek, semua terkejut sebab tidak ada perkara yang baru yang dilakarkan pemerintah supaya dapat membantu peniaga pada waktu terkini."

Demikian ulasan terus terang Presiden DPPMS ini.

Bagaimanapun beliau juga akur, skim-skim dari Belanjawan dahulu yang akan dilanjutkan - seperti subsidi cukai dan kredit gaji pekerja, serta kelonggaran pinjaman - serba sedikit dapat meringankan beban peniaga setempat.

Menurut DPPMS lagi, SME bersetuju bahawa strategi inovasi dan peralihan digital sebagai kunci bagi perniagaan yang mampan.

Maka itu, peningkatan khidmat konsultasi di Pusat SME kendalian dewan-dewan perniagaan, dapat memudahkan para peniaga mengambil strategi ini.

"Melalui Pusat SME, kami amat gembira dan mengalu-alukan inisiatif dari pemerintah. Kerana ini akan dapat membuat anggota kami lebih memahami dan dapat menggunakan automasi dan digital di dalam perniagaan mereka dengan lebih baik lagi," beliau memberitah BERITAMediacorp.

DPPMS juga mengalu-alukan bantuan pemerintah untuk menggalak peniaga setempat menjangkau pasaran dunia.

"Kalau kita lihat pada Global Innovation Alliance yang dilakarkan semalam, yang point ketiga yang amat kita minati kerana ia membolehkan anggota-anggota Dewaan bekerjasama dengan para peniaga dan mentor di luar negara dan dapat menjangkau pasaran lebih daripada yang apa yang mereka ada sekarang," tambah beliau.

Menurut DPPMS, ini merupakan sumber pertumbuhan yang mampan bagi para peniaga setempat. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan