Skip to main content

Iklan

Iklan

Belanjawan 2017: Tambahan S$100 juta untuk bangun keupayaan VWO dan badan amal

Belanjawan tahun ini juga mahu memperkukuh ikatan masyarakat dan untuk mencapainya, Pemerintah akan memberi peruntukan tambahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Belanjawan 2017: Tambahan S$100 juta untuk bangun keupayaan VWO dan badan amal

Menteri Kewangan, Heng Swee Keat. (Gambar fail: Justin Ong)

Diterbitkan : 20 Feb 2017 06:20PM Dikemas Kini : 20 Feb 2017 06:23PM

SINGAPURA: Belanjawan tahun ini juga mahu memperkukuh ikatan masyarakat dan untuk mencapainya, Pemerintah akan memberi peruntukan tambahan.

Demikian didedahkan Menteri Kewangan Heng Swee Kiat semasa membentangkan Belanjawan 2017 di Parlimen.

Beliau berkata Pemerintah sudahpun komited mengeluarkan S$180 juta untuk membiayai Dana Keupayaan Pertubuhan Kebajikan Sukarela. Dana tersebut membantu sekitar 400 pertubuhan kebajikan sukarela (VWO).

Encik Heng berkata, untuk lima tahun mendatang, lagi S$100 juta dana tambahan akan diperuntukkan untuk terus membangun keupayaan VWO dan badan-badan amal.

Untuk badan-badan bantu diri yang termasuk pertubuhan seperti Mendaki pula, tambahan S$6 juta akan ditambah untuk tempoh dua tahun ini.

Dana Pemadanan Kebudayaan yang memberi padanan sedolar bagi setiap dolar derma yang dikumpulkan untuk institusi-institusi kebudayaan, akan juga menerima tokokan S$150 juta.

S$50 JUTA UNTUK SUKAN

Encik Heng juga menyebut tentang peri pentingnya sukan dalam menyatukan masyarakat.

Lantaran itu, Pemerintah kata beliau akan melakukan lebih banyak lagi untuk memudahkan rakyat Singapura menyertai sukan.

Sebanyak S$50 juta sudah diperuntukkan untuk menyokong sukan-sukan masyarakat dedah beliau.

Program Sukan dalam Kawasan akan diperluaskan supaya lebih ramai penduduk tempatan boleh bersukan dekat dengan rumah mereka. Di bawah program ini, kemudahan-kemudahan dan ruang-ruang baru akan dibina di kawasan kejiranan untuk sukan dan riadah.

Program SportsCares, yang menggalak golongan belia kurang bernasib baik supaya meneroka kekuatan mereka menerusi sukan, akan juga diperluaskan.

Encik Heng berkata, Pemerintah akan mengenepikan tambahan S$50 juta dalam bentuk geran bagi tempoh lima tahun ini, demi membantu para atlit memenuhi potensi mereka.

"Ini akan membina asas sokongan yang lebih luas bagi Team Singapore," ujar Encik Heng lagi.

Sementara itu, lagi S$50 juta akan diperuntukkan bagi tokokan derma kesukanan.

Sumber : BERITA Mediacorp/dy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan