Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belanjawan 2017: Lebih banyak sokongan bagi warga emas, keluarga muda dan kurang upaya

Lebih banyak sokongan akan diberikan kepada warga tua, keluarga muda dan golongan kurang upaya dalam Belanjawan 2017 akan datang, kata Menteri Negara Kanan bagi Kewangan, Indranee Rajah.

Anggaran Waktu Membaca:
Belanjawan 2017: Lebih banyak sokongan bagi warga emas, keluarga muda dan kurang upaya

Seorang lelaki yang sakit kaki berehat dengan tongkatnya disebelahnya. (Gambar: Francine Lim)

Diterbitkan : 07 Feb 2017 12:45PM Dikemas Kini : 20 Feb 2017 11:47AM

SINGAPURA: Lebih banyak sokongan akan diberikan kepada warga tua, keluarga muda dan golongan kurang upaya dalam Belanjawan 2017 akan datang, kata Menteri Negara Kanan bagi Kewangan, Indranee Rajah.

Bercakap di Enabling Village pada pagi tadi (7 Feb), Cik Rajah berkata: "Untuk warga emas, sedang mereka meningkat usia lebih tua, mereka mempunyai keperluan dan mereka risau tentang pelbagai perkara, jadi anda mahu memastikan mereka disokong dengan baik.

"Bagi keluarga muda, terutama ibu bapa yang bekerja, mereka juga ada keperluan sendiri, jadi anda mahu memastikan mereka disokong dengan baik."

Cik Rajah menambah bahawa lebih banyak sokongan akan diberikan kepada golongan kurang upaya untuk memastikan mereka meniti kehidupan bahagia dan produktif dan berintegrasi sepenuhnya dalam masyarakat.

Apabila ditanya sama ada lebih banyak tumpuan akan diberikan bagi mengupayakan golongan kurang upaya atau menggalak majikan mengambil mereka sebagai pekerja, Cik Rajah berkata belanjawan tahun ini akan fokus terhadap gabungan kedua-duanya, dan menambah perkara-perkara itu tidak boleh dipisahkan.

"Belanjawan secara semulajadi perlu meluas, jadi anda berharap apa sahaja yang anda lakukan dalam Belanjawan mengupayakan kumpulan-kumpulan berbeza berupaya melakukan pelbagai aspek," katanya.

"Jadi latihan itu sebahagian aspek, membantu mereka berintegrasi satu lagi aspek, tetapi menggalak orang ramai mengambil bahagian, seperti majikan atau orang lain yang boleh memberi pekerjaan untuk menyertainya, itu penting juga."

Belanjawan 2017 akan disampaikan oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat di Parlimen pada 20 Februari.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan