Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bagaimana keluarga seperti Cik Zaiton Karim raih manfaat daripada Belanjawan 2017

Secara keseluruhan, bantuan bagaimanakah yang akan diterima keluarga-keluarga dengan anggota kurang upaya atau masalah kesihatan mental?

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Belanjawan tahun ini layak dipuji kerana memberi lebih banyak bantuan kepada golongan kurang upaya dan mereka dengan masalah kesihatan mental.

Demikian penilaian pejuang bagi golongan kurang upaya seperti autisme, yang juga Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Denise Phua.

Secara keseluruhan, bantuan bagaimanakah yang akan diterima keluarga-keluarga dengan anggota kurang upaya atau masalah kesihatan mental?

DAPAT REBAT S&CC SEBANYAK 2 BULAN

Secara keseluruhannya, pemerintah semalam (20 Feb) mengumumkan peruntukan $160 juta untuk lima tahun mendatang bagi pelbagai usaha menyokong kesihatan mental masyarakat demi membina sebuah masyarakat lebih inklusif.

Berdasarkan Belanjawan yang diumumkan semalam, keluarga Cik Zaiton Karim, yang tinggal di flat lima bilik bersama dua orang anak dan ibunya, bakal meraih manfaat daripada beberapa inisiatif baru.

Cik Zaiton sekeluarga bakal menerima rebat Baucar GST U Save tambahan sebanyak $260, naik daripada $200.

Bagi rebat S&CC pula, pemerintah akan menaikkan rebat sebanyak setengah bulan bagi tahun kewangan 2017.

Ini bermakna mereka akan mendapat rebat S&CC sebanyak dua bulan.

"PENJAGA PUN PERLU DAPAT BANTUAN"

Sekitar 880,000 keluarga akan memanfaatkan Inisiatif tersebut yang menelan belanja $120 juta.

Bagi anak perempuannya yang bekerja pula, beliau layak menerima rebat cukai pendapatan sebanyak 20 peratus.

Semalam, Pemerintah mengumumkan akan memberikan lebih banyak sokongan kepada mereka yang menjaga golongan kurang upaya mental dan fizikal.

Cik Zaiton, yang mempunyai seorang anak lelaki dengan masalah kesihatan mental Obsesif Kompulsif (OCD) juga autistik, boleh meraih manfaat daripada penubuhan pusat sokongan penjaga golongan kurang upaya.

Ini termasuk latihan dan juga sokongan kepada golongan penjaga.

"Sebagai penjaga pun kita perlu dapatkan bantuan untuk diri sendiri juga kerana kita perlukan kekuatan, kesihatan untuk menjaga orang yang tersayang kerana menjaga orang yang ada isu mental atau orang-orang keperluan khas ini adalah satu tanggungjawab yang berat dan mencabar."

"Kalau nak diperluaskan dari segi cukup atau tidak cukupnya, saya rasa pemerintah dah buat langkah yang pertama," Cik Zaiton memberitahu BERITAMediacorp.

Pemerintah juga akan menubuhkan pasukan untuk menyokong golongan dengan masalah mental dan mendidik orang awam tentang isu kesihatan mental.

Semasa ditemui media, Datuk Bandar CDC Tengah yang juga Presiden Pusat Sumber Autisme, Cik Denise mengalu-alukan langkah pemerintah itu.

Namun demikian beliau berharap, lebih banyak maklum balas dari orang ramai dapat dikumpulkan demi memastikan rancangan yang dilaksanakan, relevan bagi golongan yang ingin dibantu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan