Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kapal tentera S'pura temui bahagian utama pesawat QZ8501

Sebuah kapal Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) menemui bahagian utama pesawat AirAsia QZ8501, yang terhempas di Laut Jawa.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jan 2015 06:21PM Dikemas Kini : 20 Jan 2015 05:00PM

SINGAPURA: Sebuah kapal Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) menemui bahagian utama bangkai pesawat AirAsia QZ8501, yang terhempas di Laut Jawa.

Menteri Pertahanan Ng Eng Hen berkata demikian dalam catatan di laman Facebook beliau hari ini.

Dr Ng berkata Ketua Turus RSN, Laksamana Pertama Lai Chung Han memberitahu beliau bahawa salah satu kapal Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), MV Swift Rescue, sudah mengesan bahagian utama pesawat itu di dasar Laut Jawa.

Beliau menambah bahawa imej-imej oleh kenderaan dasar laut berkawalan jauh (ROV) menunjukkan sebahagian daripada sayap pesawat, serta tulisan tertera pada serpihan pesawat.

Badan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) sudah diberitahu akan penemuan tersebut, agar dapat memulakan kerja-kerja mengangkut bahagian pesawat.

Dr Ng menyifatkan nahas QZ8501 sebagai tragik, dan berharap dengan penemuan bahagian pesawat itu, para keluarga mangsa dapat meratapi kehilangan anggota keluarga mereka di samping meringankan rasa pilu yang dialami mereka.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada anggota SAF yang terlibat dalam operasi mencari pesawat itu, termasuk operasi mendapatkan semula kotak-kotak hitam QZ8501. 

Pesawat itu terhempas pada 28 Disember lalu, semasa dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura, dengan membawa 162 penumpang dan kru.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan