Skip to main content

Iklan

Iklan

5 Soalan Bersama...Rossa

Ayuh ikuti edisi khas '5 Soalan Bersama… Rossa', di mana wartawan Nurulkhasanah Agost juga cuba ‘mengorek rahsia’ Rossa, sama ada beliau mempunyai seseorang yang istimewa di dalam hatinya.

Anggaran Waktu Membaca:
5 Soalan Bersama...Rossa

(Gambar-gambar: Rossa/Instagram)

BERITAMediacorp: Tahukah anda, penyanyi terkenal Indonesia, Rossa, “setiap malam" pasti akan pergi ke Newton “untuk makan seafood” jika beliau berada di Singapura. Demikian didedahkan penyanyi itu sendiri kepada BERITAMediacorp. Setiap kali berada di Singapura juga, Rossa menambah, beliau akan menelefon Taufik Batisah dan isterinya untuk berjumpa.

Jadi, bagi para peminat Rossa, ini mungkin ‘rahsia’ berguna untuk anda kalau anda mahu ‘terserempak’ dengan Rossa semasa beliau menjamu selera di pusat makanan Newton ketika beliau berada di Singapura untuk konsertnya minggu depan (4 Nov).

Menerusi wawancara eksklusif bersama BERITAMediacorp ini, penyanyi kecil molek bersuara besar itu, berkongsi mengenai lagu-lagu yang akan didendangkan buat para peminatnya di Singapura dalam konsert gah di Esplanade.

Rossa semenangnya hebat apabila berada di atas pentas, tetapi tahukah anda bahawa di pentas jugalah pernah berlaku satu insiden yang beliau sifatkan sebagai “paling memalukan” bagi dirinya. Ayuh ikuti edisi khas '5 Soalan Bersama… Rossa', di mana wartawan Nurulkhasanah Agost juga cuba ‘mengorek rahsia’ Rossa, sama ada beliau mempunyai seseorang yang istimewa di dalam hatinya.

(Gambar-gambar: Rossa/Instagram)

SOALAN 1

Khasanah: Apakah perkara paling lucu/memalukan yang pernah berlaku pada diri anda di tempat awam?

Rossa: Ha...Saya pernah terjatuh di atas panggung memakai skirt! (ketawa) Lalu teman saya (pengacara) langsung melompat dan menyelamatkan saya (ketawa) di atas panggung itu dan menutupi saya. Jadi saya betul-betul terjatuh di atas panggung dan saya tak mahu lagilah mengingat hal itu kerana bagi saya itu memalukan sekali!

SOALAN 2

Khasanah: Secara ringkas, Apa tiga perkara yang paling anda benci dan tiga perkara yang paling anda sayang?

Rossa: Tiga perkara yang paling saya benci (adalah) kehilangan teman, dibohongi sahabat dan paling saya benci (apabila) tertinggal telefon bimbit, tak tahu di mana simpannya.

Tiga hal yang paling saya sayang adalah meluangkan masa bersama keluarga dan teman-teman, mendengar muzik dan menyanyi di atas pentas.

SOALAN 3

Khasanah: Anda terlibat dalam pembikinan runut bunyi filem Ayat-Ayat Cinta yang disifatkan sebagai kisah yang cinta yang agung. Bagi diri anda sendiri, cinta itu apa? Apakah dalam hati anda ada seseorang istimewa yang anda cintai sekarang ini? Jika iya mengapa dia orangnya?

Rossa: WOW! Heyyy…(ketawa) Memang betul saya menyanyikan ‘soundtrack’ Ayat-Ayat Cinta 2, seperti sebelumnya saya menyanyikan Ayat-Ayat Cinta 1. Kali ini judul lagunya adalah Bulan Dikekang Malam. Insya Allah filemnya akan keluar bulan Disember.

Dalam hati saya aduh banyak sekali cinta. Tidak hanya satu tapi banyak sekali cintanya dan itu termasuk orang tua, keluarga, sahabat-sahabat aku, teman-teman aku, pencinta Rossa, muzik dan banyak orangnya. Jadi saya tidak bisa bilang secara khusus satu orang ada di dalam hati saya kerana hati saya besar sekali untuk mencintai banyak orang.

(Gambar-gambar: Rossa/Instagram)

SOALAN 4

Khasanah: Diam tak diam sudah 21 tahun anda berada dalam industri. (30 tahun kalau dikira album pertama semasa berusia 10 tahun) Apakah perbezaan antara Rossa yang sekarang dengan Rossa 21 tahun dulu?

Rossa: Hmm...Perbezaannya adalah lebih banyak lagi lagu hits yang bisa saya keluarkan pastinya. (ketawa) Tapi sebetulnya kalau saya ingat-ingat lagi tidak seberapa jauh berbeza ya. Ertinya, jenis muziknya masih sama mungkin lebih kepada apa yang saya gemari sejak akhir-akhir ini. Terus hits apa yang saya mahu keluarkan. Tapi, nampaknya tidak terlalu jauh berbeza.

SOALAN 5

Khasanah: Konsert Rossa akan berlangsung pada 4 November ini di Esplanade. Apa keistimewaan konsert ini dan mengapa peminat harus datang untuk menyaksikan anda dalam konsert ini?

Rossa: Tanggal 4 November Insya Allah saya akan mengadakan konsert di Esplanade di Singapura dan kenapa kamu semua harus datang saya akan merayakan 21 tahun berkarya dalam industri dan hampir semua lagu-lagu hits yang pernah saya nyanyikan, contohnya Tegar, Pudar, Aku Bukan Untukmu, Terlalu Cinta, Hey Ladies, Hati Yang Kau Sakiti dan lain-lain lagi akan saya nyanyikan di atas panggung Esplanade. 

Edisi Khas; 5 Soalan Bersama...Rossa

Siapa agaknya insan istimewa dalam hati Rossa? Apa perkara paling memalukan yang pernah berlaku ke atas dirinya?Ayuh ikuti edisi khas '5 Soalan Bersama... Rossa' yang akan mengadakan konsert di Singapura minggu depan.Laporan penuh di pautan: http://bit.ly/2zWakjF

Posted by BERITAMediacorp on Saturday, 28 October 2017
 
Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan