Skip to main content

Iklan

Iklan

5 Soalan Bersama ... Pemilik Fluff Bakery Nursyazanna Syaira!

Namun, jarang sekali kita mendapat peluang mengenali dengan lebih dekat lagi Ketua Pembuat Kek Fluff Bakery, iaitu Nursyazanna Syaira Md Suhimi, 29 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
5 Soalan Bersama ... Pemilik Fluff Bakery Nursyazanna Syaira!

Ketua Pembuat Kek dan Pemilik Fluff Bakery, Nursyazanna Syaira Md Suhimi. (Gambar: Facebook/Nursyazanna Syaira)

BERITAMediacorp: Siapa tidak kenal dengan kedai kek cawan atau cupcake paling popular di Singapura, Fluff Bakery.

BERITAMediacorp sebelum ini melaporkan bahawa Fluff Bakery menebarkan sayap ke Kuala Lumpur dan ia mendapat reaksi luar biasa daripada warga siber, termasuk banyak komen diberikan daripada para penduduk Malaysia.

Namun, jarang sekali kita mendapat peluang mengenali dengan lebih dekat lagi Ketua Pembuat Kek Fluff Bakery, iaitu Nursyazanna Syaira Md Suhimi, 29 tahun.

Dalam segmen ‘5 Soalan Bersama’ minggu ini, wartawan Ruzaini Rashid mengajak anda mengenali minda Cik Syaira aka 'MrsFluff':

SOALAN 1

Ruzaini: Di manakah Fluff Bakery akan berada pada 10 tahun akan datang?

Syaira: Saya berharap Fluff dapat menjadi satu jenama dalam rantau ini. Saya ingin juga memasuki sekolah pastri dan kembali dengan ciptaan yang lebih besar dan baik untuk mempertingkatkan mutu pencuci mulut masyarakat ini.

SOALAN 2

Ruzaini: Sudah pasti Syaira dan suami (Mohammad Ashraf Mohammad Alami) sibuk dengan tugasan di Fluff Bakery. Jadi apakah kegiatan yang Syaira dan suami suka melakukan bersama?

Syaira: Kami kaki makan! Dan kami suka mencari tempat yang baik untuk makan. Kami juga bersama-sama akan cuba melakukan perkara yang menarik seperti sukan terjun udara. Ia seperti satu waktu rehat daripada bekerja dan memberi kami peluang untuk menumpukan kepada perkara yang paling penting - iaitu membuat kenangan bersama.

SOALAN 3

Ruzaini: Apakah reaksi keluarga apabila mendapat tahu Syaira ingin membuat kek sebagai pekerjaan tetap?

Syaira: Ibu bapa saya melalui segalanya supaya saya mendapat pendidikan terbaik. Mereka terpaksa menanggung hutang kad kredit dan ibu juga terpaksa menggadaikan barang kemas beliau supaya saya dapat ke universiti.

Jadi secara semula jadi apabila mereka mendapat tahu, saya berdepan dengan tentangan dan rasa tidak senang hati daripada mereka. Namun akhirnya, saya rasa mereka hanya mahu saya rasa gembira dan apabila mereka melihat saya sangat gembira membuat kek, mereka memberi sokongan sepenuhnya kepada saya. Saya hanya boleh berharap saya dapat dan terus membanggakan mereka.

SOALAN 4

Ruzaini: Jika anda tidak membuka Fluff Bakery, apakah pekerjaan anda sekarang?

Syaira: Mungkin saya masih dalam dunia perhubungan awam (PR) kerana itulah pekerjaan pertama saya dan satu-satunya perkara yang saya rasa saya boleh menjadikan sebagai satu kerjaya.

(Gambar-gambar: Facebook/ Instagram/ Nursyazanna Syaira/ Fluff Bakery KL/ Fluff Bakery)

SOALAN 5

Ruzaini: Pelajaran atau mengejar impian membuka kedai. Mana satu nasihat Syaira kepada anak muda kita?

Syaira: Saya nasihat agar dapatkan pendidikan sebanyak mungkin sebelum terjun ke alam perniagaan. Atau mungkin buat perniagaan secara sambilan semasa belajar kerana tiada siapa dapat merampas pendidikan anda. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan