Skip to main content

Iklan

Iklan

5 Soalan Bersama...Nurul Baizura

Nurul Baizura Abdul Razak berusia 27 tahun tetapi sudahpun mewakili skuad bola jaring kebangsaan Singapura dalam 100 perlawanan antarabangsa atau ‘100 caps’. Ia dicapai bulan ini (Dis 2017), sekaligus menjadi pemain bola jaring Melayu pertama mencatat sejarah tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
5 Soalan Bersama...Nurul Baizura

Nurul Baizura Abdul Razak. (Gambar: Netball Singapore)

BERITAMediacorp: Nurul Baizura Abdul Razak berusia 27 tahun tetapi sudahpun mewakili skuad bola jaring kebangsaan Singapura dalam 100 perlawanan antarabangsa atau ‘100 caps’. Ia dicapai bulan ini (Dis 2017), sekaligus menjadi pemain bola jaring Melayu pertama di negara ini mencatat sejarah tersebut.

Di peringkat kebangsaan, Baizura adalah pemain kelima berjaya mencatat ‘100 caps’ selepas Jean Ng, Chen Huifen, Premila Hirubalan dan Micky Lin.

Dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam kejohanan Piala Negara Mission Foods 2017, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Nurul Baizura Abdul Razak antara bintang utama sukan bola jaring Singapura. Malah kemanisan pencapaian tersebut diserikan lagi dengan kejayaan Singapura meraih tempat ketiga dalam kejohanan antarabangsa itu pada 9 Disember.

Sebagai naib kapten skuad tersebut, Baizura juga memimpin para srikandi tanah air mencatat prestasi cemerlang sehinggakan berjaya meraih pingat perak dalam temasya Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur tahun ini.

(Pasukan Singapura yang mewakili negara di Mission Foods Nations Cup.  Skuad negara meraih tempat ketiga. Gambar: Singapore Netball) 

Sepanjang musim 2017, pemain yang sangat berpengalaman ini merupakan nadi pasukan muda itu yang kebanyakannya baru sahaja mewakili skuad negara satu ataupun dua tahun kebelakangan ini.

Nurul Aqilah Andin, rakan sepasukannya, menyifatkan guru Sekolah Autisme St. Andrew's ini sebagai contoh baik dan inspirasi kepada pemain-pemain muda sepertinya dalam catatan Instagramnya baru-baru ini sempena menyambut penampilan antarabangsa ke-100 pemain handalan itu.

BERITAMediacorp bertemu dengan Nurul Baizura bagi untuk bertanyakan "5 Soalan Bersama...Nurul Baizura" sedang beliau merenung kembali penglibatannya dalam sukan bola jaring selama ini.

SOALAN 1

Said: Mengapa anda minat dengan bola jaring?

Baizura: Saya telah bermain sukan bola jaring semenjak umur saya 9 tahun. Ia sudah menjadi sebati dengan diri saya. Sukan ini telah banyak memupuk nilai-nilai yang positif dalam diri saya seperti lebih berdisiplin dan mempunyai stamina mental yang tinggi.

SOALAN 2

Said: Apakah nama gelaran anda dalam dunia bola jaring dan mengapa mereka memberi nama gelaran itu kepada anda?

Baizura: Rakan sepasukan memanggil saya Bai (nama singkatan). Ia lebih ringkas dan mudah, terutamanya ketika dalam perlawanan. Gelaran tersebut juga telah mendapat banyak sakatan dari rakan-rakan - Bai-bye!

SOALAN 3

Said: Siapakah idola anda dan mengapa?

Baizura: Saya meminati Dwayne "The Rock" Johnson. Beliau seorang yang berkarisma dan lucu! Beliau mempunyai kecekalan diri untuk mencapai cita-citanya hingga berjaya. Beliau telah mempengaruhi saya untuk menjadi seseorang yang tidak akan mudah berputus asa walau sebanyak mana rintangan yang harus saya lalui.

(Nurul Baizura beraksi di Sukan Sea 2015 di mana pasukan Singapura tampil juara. Gambar: Redsports.sg)

SOALAN 4

Said: Boleh anda cerita satu peristiwa semasa bertahun-tahun anda berkecipung dalam sukan ini yang anda tidak dapat lupakan?

Baizura: Apabila mendapat tahu acara sukan bola jaring akan disertakan pada sukan SEA 2015, saya amat teruja kerana ia merupakan salah satu impian saya - untuk mewakili negara pada pertandingan itu. Impian menjadi kenyataan dan ditambah lagi dengan kemenangan pingat emas!

SOALAN 5

Said: Apakah nasihat/kata-kata perangsang anda kepada mereka yang ingin menjadi atlit cemerlang seperti anda?

Baizura: Jangan takut untuk gagal dan mengambil risiko! Sentiasa bekerja keras untuk memperbaiki diri kerana tiada jalan mudah untuk meraih kejayaan!

Sumber : BERITA Mediacorp/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan