Skip to main content

Iklan

Iklan

5 Soalan Bersama…Fauziah Latiff

Sebut sahaja nama penyanyi cantik manis bernama Fauziah Latiff, pastinya akan terbayang lagu Teratai Layu Di Tasik Madu, Setia Kukorbankan dan Kau Merubah Segalanya nyanyian beliau.

Anggaran Waktu Membaca:
5 Soalan Bersama…Fauziah Latiff

Fauziah Latiff. (Gambar: Facebook/Fauziah Latiff)

BERITAMediacorp: Sebut sahaja nama penyanyi cantik manis bernama Fauziah Latiff, pastinya akan terbayang lagu Teratai Layu Di Tasik Madu, Setia Kukorbankan dan Kau Merubah Segalanya nyanyian beliau. Inilah personaliti pilihan BERITAMediacorp bagi segmen 5 Soalan Bersama… minggu ini.

Kini penyanyi berusia 47 tahun itu disebut-sebut dalam proses untuk menghasilkan lagu baru.

Laman BHOnline minggu lalu melaporkan penyanyi yang juga mesra dipanggil Jee itu sebagai berkata: "Ketika ini, semuanya masih pada peringkat perbincangan dan perancangan. Saya belum pasti sama ada mahu mengeluarkan single baru atau album penuh yang memuatkan beberapa lagu. Kita lihatlah bagaimana nanti.”

Sementara menantikan alunan lagu terbaru Jee yang pernah menghasilkan 17 album sebelum ini, wartawan BERITAMediacorp, Ira Musfirah, mengambil peluang bertanyakan lima soalan tentang diri beliau:

SOALAN 1

Ira: Lagu paling meninggalkan kesan pada diri anda?

Fauziah Latiff: Sebuah lagu yang bertajuk CINTA. Saya menulis kedua-dua lirik dan melodi. Melodi ini sebenarnya dihasilkan apabila saya sedang menggendong anak lelaki saya dan ingin menidurkannya. Sejurus itu, saya mula menulis lagu penuh ini di papan kunci. Ia berkisar tentang kehidupan, cinta, sekitaran dan orang-orang di sekeliling. Lagu ini adalah dari hati, dan sangat bermakna bagi saya.

SOALAN 2

Ira: Apa yang akan anda lakukan pada masa lapang?

Fauziah Latiff: Saya lebih gemar berehat di rumah, tetapi jika saya ada cuti panjang, saya akan menyelam atau berbasikal. Sekali-sekala saya akan bercuti ke luar negara untuk berehat.

SOALAN 3

Ira: Jika anda dapat merubah satu perkara di dunia ini, apa yang akan anda lakukan?

Fauziah Latiff: Terlalu banyak tetapi salah satunya adalah- lihat pada sekeliling kita - tentang alam semulajadi, hak asasi manusia, politik negara, dan pertempuran. Adakalanya saya tanya pada diri sendiri, adakah kita faham akan apa yang terjadi pada dunia kita? Namun, saya hanya insan kerdil yang ingin mendapatkan hak asasi manusia bagi keamanan dunia.

SOALAN 4

Ira: Apa maksud nyanyian yang bagus bagi anda?

Fauziah Latiff: Sesuatu yang lahir daripada jiwa dan hati. Kerana, disitulah adanya kejujurannya.

SOALAN 5

Ira: Apa kata-kata nasihat yang sering melekat di minda? Prinsip hidup Jee?

Fauziah Latiff: Saya sentiasa berpegang pada kata-kata dari ayah – tidak kira berapa tinggi kita berada, sekali-sekala, usah lupa untuk turun dan berpijak ke dalam lumpur. Cakap lurus nya - jangan Lupa diri. Prinsip hidup saya adalah kejujuran dan juga belajar dari kesilapan, bangkit dan dewasakan diri. Fikir secara positif. Jangan gunakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan