5 Soalan Bersama… Anuar Zain
Mulai hari ini, BERITAMediacorp memperkenalkan satu segmen baru dipanggil ‘5 Soalan Bersama…’. Menerusi segmen ini, kami akan menampilkan pelbagai selebriti atau personaliti dan menanyakan lima soalan kepada mereka.
BERITAMediacorp: Mulai minggu ini, iaitu setiap Rabu, BERITAMediacorp memperkenalkan satu segmen baru dipanggil ‘5 Soalan Bersama…’. Menerusi segmen ini, kami akan menampilkan pelbagai selebriti atau personaliti dan menanyakan lima soalan kepada mereka.
Ia mungkin soalan-soalan santai ataupun ringan, mahupun soalan-soalan berat, bergantung kepada keadaannya.
Dalam artikel pertama segmen ‘5 Soalan Bersama…” ini, kami ketengahkan bintang pop bersuara nyaring dari Malaysia, yang mampu menggetarkan jiwa anda mendengar alunan suaranya. Siapa lagi kalau bukan Anuar Zain.
Ira: Apakah antara elemen sebuah lagu yang bagus bagi anda?
Anuar Zain: Lagu yang bagus harus ada melodi yang mudah untuk dinyanyikan bersama, dinamik yang bagus dalam penggubahan lagu serta lirik bagus yang positif. Yang paling penting adalah pendengar memahami lagu itu serta penceritaan di sebalik lagu tersebut.
SOALAN 2
Ira: Bagaimanakah cara anda menjaga suara setelah lebih 30 tahun dalam bidang muzik?
Anuar Zain: Saya akan mendapat tidur dan rehat yang secukupnya dan mengelakkan dari meminum air bergas dan air batu sebanyak mungkin.
SOALAN 3
Ira: Jika anda dapat bercuti ke mana sahaja, ke mana akan anda pergi dan mengapa?
Anuar Zain: Saya ingin mengambil tiga bulan cuti dari kerja dan bercuti ke Eropah untuk melawat ke tempat-tempat yang belum pernah saya pergi seperti Balkan States. Saya juga mahu ke Rusia kerana saya dengar bahawa St. Petersburg dan Mosko sangat indah. Mungkin juga bercuti ke kawasan luar bandar di Perancis.
(Gambar-gambar: Anuar Zain Network/ Instagram)
SOALAN 4
Ira: Apa yang anda hargai dalam kehidupan sekarang ini?
Anuar Zain: Apa yang kita sering cari dalam kehidupan adalah kebahagiaan. Saya harap untuk lebih menambahkannya dan menghargai segala kebahagiaan dalam kehidupan, kerjaya, keluarga, rakan-rakan dan sekitaran saya.
SOALAN 5
Ira: Jika anda dapat lakukan sesuatu yang berbeza pada usia remaja, apa yang akan anda lakukan?
Anuar Zain: Saya akan melatih diri saya untuk menjadi seorang yang baik hati, tidak mementingkan diri sendiri dan sering membantu orang lain. Saya sedang mencuba dengan sedaya upaya untuk menjadi begitu sekarang ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.