Skip to main content

Iklan

Iklan

5 Soalan Bersama... Adlina Adil

Adlina yang baru-baru ini muncul dalam drama Gunting, menceburi bidang televisyen pada tahun 2010 juga memberitahu BERITAMediacorp bahawa banyak perubahan dan pengalaman yang ditimba beliau sejauh ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
5 Soalan Bersama... Adlina Adil

Pelakon Adlina Adil yang mula menceburi bidang lakonan pada 2010. (Gambar: Instagram/ Adlina Adil)

BERITAMediacorp: Anda mungkin tidak menyangka bahawa pelakon Adlina Adil, sebenarnya pandai bertukang! Lebih daripada itu, beliau sebenarnya merupakan salah seorang peneraju Maketh Project, sebuah syarikat yang menjual barangan kulit dibuat sendiri dan mengendalikan bengkel-bengkel pertukangan kulit.

Adlina yang baru-baru ini muncul dalam drama Gunting, menceburi bidang televisyen pada tahun 2010 juga memberitahu BERITAMediacorp bahawa banyak perubahan dan pengalaman yang ditimba beliau sejauh ini.

Beliau mengakui satu perkara yang amat berbeza dalam dirinya berbanding tujuh tahun lalu adalah beliau kini memastikan beliau menghargai setiap orang yang ditemui, tempat yang dikunjungi dan pengalaman yang dilalui.

Sebagai pelakon yang sering memegang watak utama, pasti beliau sudah digandingkan dengan ramai pelakon lelaki yang tidak kurang hebatnya? Jadi siapa “pasangan istimewa” pilihannya?

“Saya paling suka apabila memainkan watak Aliyah dalam drama 93 m2 bersama Shane Mardjuki! Sangat seronok bekerja dengan beliau dan babak-babak dalam drama itu juga menarik sekali! Saya dapat bermain ‘paintball’, “dibubuh” krim cukur.

“Namun yang penting sekali adalah diberi peluang berlakon dengannya lagi selepas drama Mr Perfect (drama pertama gandingan mereka berdua). Jadi ia sesuatu yang hebat apabila dapat melihat keserasian kami sebagai satu pasangan dalam skrin,” kongsinya.

Dalam segmen “5 Soalan Bersama…” minggu ini, wartawan Ruzaini Rashid membawa anda meneroka pemikiran Adlina Adil:

SOALAN 1

Ruzaini: Apakah perkara paling susah yang anda hadapi dalam perjalanan kerjaya ini untuk anda tiba di tahap sekarang?

Adlina: Bahasa Melayu! Saya mempelajari bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua semasa zaman sekolah. Jadi pertama kali saya mendapat skrip Melayu bagi drama Art & El pada 2010, saya seperti ‘lost’ (kehilangan). Namun, saya bernasib baik semua yang bekerjasama dengan saya pada masa itu baik dan banyak membantu.

Hingga ke hari ini, saya masih mempunyai masalah dengan bahasa Melayu meskipun ada peningkatan. Jika dulu saya tidak faham langsung seluruh dialog itu, kini hanya beberapa perkataan saja yang ‘alien’ kepada saya.

SOALAN 2

Ruzaini: Haha Selain itu, apakah perkara yang susah menjadi seorang selebriti?

Adlina: Saya rasa untuk diiktiraf atas karya anda itu suatu perasaan yang baik tetapi saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai selebriti! Saya rasa dalam sebarang pekerjaan yang anda melakukan, anda selalu rasa diri dihargai apabila diiktiraf. Dan pada masa itu barulah ada sedikit tekanan (atau mungkin lebih) untuk memenuhi harapan orang terhadap anda. Jadi saya rasa perkara ini, mengimbangi harapan anda dan harapan orang lain adalah satu perkara yang susah.

SOALAN 3

Ruzaini: Anda boleh disifatkan sebagai ‘suara wanita Melayu zaman ini’, jadi apakah ciri-ciri anda rasa golongan muda harus mencari dalam seseorang yang terlibat dalam dunia hiburan supaya dapat dijadikan sebagai contoh/idola?

Adlina: Saya rasa seorang idola/yang dijadikan contoh haruslah seseorang yang ikhlas dan penuh belas kasihan. Carilah seorang idola yang boleh mempengaruhi pemikiran dan hati anda bukan yang mempengaruhi paras rupa anda.

SOALAN 4

Ruzaini: Pada hujung minggu, 3 perkara yang Adlina Adil akan lakukan adalah…

Adlina: Kendalikan bengkel pertukangan, membuat rakaman bagi drama, menghadiri majlis atau pesta yang ada.

(Gambar-gambar: Instagram/ Adlina Adil)

SOALAN 5

Ruzaini: Apakah satu benda di dalam beg anda sekarang yang tidak pernah “melihat sinaran matahari”? Hahaha

Adlina: Wang kertas S$2 yang lama. Saya pun tidak tahu kenapa saya memilikinya. Saya memberitahu diri saya ia ‘good luck’ tetapi saya kurang pasti jika ia benar-benar membuahkan hasil! Hahahahaha! 

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan