Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Zarina Yusof letak jawatan selaku Pemangku Pengarah Eksekutif AMP

Cik Zarina Yusof - wanita pertama yang ketuai AMP - meletak jawatan selaku Pemangku Pengarah Eksekutif badan bantu diri itu di mana hari terakhir beliau berkhidmat adalah pada 24 Jun.

Anggaran Waktu Membaca:
Zarina Yusof letak jawatan selaku Pemangku Pengarah Eksekutif AMP

Pemangku Pengarah Eksekutif AMP, Zarina Yusof. (Gambar: AMP Singapore)

SINGAPURA: Cik Zarina Yusof - wanita pertama yang ketuai AMP - meletak jawatan selaku Pemangku Pengarah Eksekutif badan bantu diri itu di mana hari terakhir beliau berkhidmat adalah pada 24 Jun.

Demikian menurut beberapa sumber kepada BERITAmediacorp. Kami sudahpun menghubungi Cik Zarina untuk mendapatkan komen tetapi beliau belum bersedia untuk mengulas tentang perkembangan terkini ini. AMP juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan media.

Cik Zarina secara rasmi menjadi Pemangku Pengarah Eksekutif AMP pada Feb 2020, iaitu sekitar 16 bulan lalu.

Beliau menggantikan Encik Anuar Yusop yang bersara selepas memegang jawatan pengarah eksekutif AMP selama 15 tahun lamanya.

(Gambar-gambar fail: AMP Singapore)

Semasa berkongsi visi dan harapannya ketika baru-baru dilantik, Cik Zarina memberitahu BERITAmediacorp bahawa beliau mahu AMP dilihat sebagai wadah pilihan golongan karyawan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

"Dengan adanya sekumpulan karyawan, yang mana kemahiran mereka boleh dimanfaatkan dan mereka juga bersedia untuk mendampingi golongan kurang bernasib baik, ini akan mempertingkat kehidupan masyarakat kita," katanya kepada BERITAmediacorp tahun lalu.

Tidak diketahui siapa yang akan mengisi jawatan yang dilepaskan Cik Zarina pada Jun nanti. Namun bagi Cik Zarina sendiri, beliau difahamkan akan terus berkhidmat dalam sektor khidmat sosial.

Sebelum menjadi Pemangku Pengarah Eksekutif AMP, Cik Zarina pernah memegang jawatan sebagai anggota Lembaga Pengarah pertubuhan itu pada 2017 hingga 2019. Menerusi jawatan tersebut, beliau membangunkan hala tuju strategik, memimpin dan menyelia pengeluaran-pengeluaran utama serta kewangan AMP.

Cik Zarina juga mempunyai pengalaman luas dalam sektor lain seperti sektor awam, penyiaran, pendidikan dan jagaan kesihatan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan