Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Zaqy Mohamad jadi Menteri Negara, Masagos ambil alih tugas Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam

Anggota Parlimen GRC Choa Chu Kang, Zaqy Mohamad dilantik sebagai Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia dalam rombakan kabinet terbaru oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang baru diumumkan hari ini (24 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Anggota Parlimen GRC Choa Chu Kang, Zaqy Mohamad dilantik sebagai Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia dalam rombakan kabinet terbaru oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang baru diumumkan hari ini (24 Apr).

Ini merupakan pelantikan pertama kali bagi Encik Zaqy dan terus sebagai Menteri Negara.

Encik Masagos Zulkifli pula akan mengambil alih tugas sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, menggantikan Dr Yaacob Ibrahim yang akan bersara. Beliau juga akan mengekalkan jawatannya sebagia Menteri Sekitaran dan Sumber Air.

Seorang lagi pemegang jawatan politik, Encik Amrin Amin pula dinaikkan pangkat kepada Setiausaha Parlimen Kanan di Kementerian Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan. Beliau sebelum ini adalah Setiausaha Parlimen di kementerian yang sama.

Sementara itu, Dr Yaacob Ibrahim yang kini Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Perhubungan dan Penerangan, akan bersara dari jawatannya.

Jadi ini bermakna, empat AP Melayu melihat perubahan dalam rombakan kali ini: 1 bersara, 1 ambil alih portfolio baru, 1 naik pangkat dan 1 dilantik menjadi pemegang jawatan politik.

Tiada perubahan bagi para Anggota Parlimen Melayu lain yang merupakan pemegang jawatan lain seperti Dr Mohd Maliki Osman dan Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Kesemua pelantikan tersebut berkuat kuasa mulai 1 Mei ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan