Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Zaqy Mohamad dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MENDAKI

Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia Zaqy Mohamad telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Yayasan MENDAKI.

Anggaran Waktu Membaca:
Zaqy Mohamad dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MENDAKI

Gambar Encik Zaqy Mohamad. (Gambar: CNA / Lam Shushan)

Diterbitkan : 14 May 2018 09:32PM Dikemas Kini : 14 May 2018 09:35PM

SINGAPURA: Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia Zaqy Mohamad telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Yayasan MENDAKI.

Pelantikan beliau diumumkan Menteri Sekitaran dan Sumber Air merangkap Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli di Parlimen hari ini (14 Mei) semasa membahaskan teras-teras utama Ucapan Presiden.

Encik Masagos berkata langkah itu sebahagian usaha menugaskan para Anggota Parlimen yang memegang jawatan untuk menerajui pelbagai inisiatif dan menggembleng tenaga bagi membawa masyarakat bergerak maju bersama.

Menurut Yayasan MENDAKI dalam satu kenyataan medianya, pelantikan itu dilakukan selepas jawatan tersebut dilepaskan Encik Masagos yang memegang jawatan Pengerusi MENDAKI sejak 1 Mei lalu.

Dalam kenyataan itu, Encik Masagos berkata pengalaman Encik Zaqy dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan peranan MENDAKI menyediakan khidmat kepada masyarakat.

"Beliau sudah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) Kementerian Penerangan dan Perhubungan dan juga terlibat dalam Jawatankuasa bagi Ekonomi Masa Depan. Pengetahuan dan pengalaman beliau akan mendalamkan lagi peranan MENDAKI untuk meningkatkan kesedaran dan menyiapkan masyarakat bagi cabaran ekonomi masa depan," kata Encik Masagos.

MENDAKI juga menambah badan itu mengalu-alukan pelantikan Encik Zaqy dan menantikan peluang untuk bekerjasama dengannya.

"Pelibatan Encik Zaqy di panel penasihat MESRA juga boleh membantu MENDAKI meluaskan usaha mendampingi masyarakat," tambah Ketua Pegawai Eksekutif MENDAKI Cik Rahayu Buang.

Encik Zaqy pernah terlibat dalam inisiatif MENDAKI sebagai pengerusi bersama Rangkaian Pembangunan Belia Forum Pemimpin Masyarakat (CLF) sejak dibentuk pada 2004. 

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan