Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Zaqy, Dr Intan sokong usaha banteras berita palsu

Dua anggota parlimen Melayu merupakan antara pemimpin politik yang bangkit menyatakan sokongan terhadap usaha membanteras berita palsu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 May 2019 10:51PM Dikemas Kini : 08 May 2019 11:01PM

SINGAPURA: Dua anggota parlimen Melayu merupakan antara pemimpin politik yang bangkit menyatakan sokongan terhadap usaha membanteras berita palsu.

Berucap di Parlimen hari ini (8 Mei), mereka menarik perhatian dengan adanya akses mudah untuk mendapat sumber dalam talian, adalah semakin sukar untuk membezakan antara maklumat yang benar dan yang palsu.

Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia, Zaqy Mohamad, berkata bahawa perlaksanaan strategi yang "rapi dan berkesan" tidak boleh dilengahkan.

"Pada akhirnya, Singapura tidak terlepas daripada ancaman dan gejala seperti kepalsuan dalam talian dan kita pastinya akur bahawa strategi rapi dan berkesan perlu diambil dan kita tidak boleh melengahkannya. Ia memerlukan kesefahaman dan kerjasama daripada semua pihak," kata beliau.

AP GRC Ang Mo Kio, Dr Intan Azura Mokhtar, pula menambah peri pentingnya masyarakat menjadi lebih celik menggunakan media "tidak boleh diperkecilkan". Ini mentelah lagi dengan adanya akses mudah sumber dalam talian.

"Dengan adanya akses mudah untuk mendapat sumber dalam talian, ini semakin menyukarkan keupayaan kita untuk membezakan antara maklumat yang benar dan tepat dan yang tidak," kata Dr Intan.

"Pendidikan awam yang menyeluruh dan berterusan diperlukan, termasuk pendidikan anak muda yang harus bermula di rumah dan juga di sekolah. Peri pentingnya masyarakat kita dan juga anak muda kita menjadi lebih celik dalam menggunakan media dan maklumat tidak boleh diperkecilkan."

Sumber : CNA/HA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan