Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Zakat S$2.4 juta diagih esok kepada golongan miskin, memerlukan

Zakat S$2.4 juta diagih esok kepada golongan miskin, memerlukan; 19% lebih tinggi berbanding tahun lalu 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebanyak S$2.4 juta akan diagihkan dalam bulan Ramadan ini kepada golongan miskin dan memerlukan dalam kalangan masyarakat setempat.

Jumlah itu 19 peratus lebih tinggi berbanding yang diagihkan pada tahun 2020, iaitu S$2.01 juta.

Ini disebabkan oleh peningkatan pada jumlah penerima bantuan yang memerlukan bantuan kewangan di tengah-tengah pandemik COVID-19, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menerusi kenyataan medianya hari ini (6 Mei).

Satu lagi faktor yang memungkinkan jumlah lebih tinggi itu diagihkan tahun ini adalah sifat murah hati umat Islam setempat yang membuat sumbangan zakat setakat ini, iaitu lebih 75 peratus, dalam 10 hari terakhir Ramadan setakat ini, menurut MUIS.

LEBIH 7,700 KELUARGA DAPAT AGIHAN RAMADAN

Lebih 7,760 keluarga akan dapat memanfaatkan dana daripada agihan Ramadan tahun ini, iaitu antara S$150 dengan S$1,000 bergantung kepada saiz keluarga, menurut MUIS.

Ini termasuk sebanyak 200 keluarga yang belum pernah menerima sebarang bantuan daripada MUIS tetapi disarankan oleh Pusat Khidmat Keluarga juga akan menerima bonus khas Ramadan.

Selain itu, lebih 300 penerima skim bantuan jangka panjang ComCare dan penghuni di rumah-rumah kebajikan akan menerima hamper biskut Raya di samping tokokan wang tunai Ramadan, menurut MUIS lagi.

Secara tradisi, MUIS akan menjamu sehingga 200 tetamu daripada 30 rumah kebajikan dalam satu majlis berbuka puasa di bangunan MUIS sendiri.

Untuk mengekalkan hubungan muhibah dengan mereka dalam suasana pandemik sekarang ini, MUIS akan meneruskan tradisi itu meskipun dengan cara yang berbeza.

Ia akan menghantar juadah berbuka puasa langsung kepada para penghuni rumah-rumah kebajikan, seperti yang dilakukan tahun lalu.

Agihan wang sebanyak S$2.4 juta itu akan dijalankan esok (7 Mei). 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan